Thursday, January 26

Negara Kecoh Jika Dasar-Dasar Pro-Bumi Di Tarik Balik



Sebarang langkah tergesa-gesa untuk memansuhkan dasar-dasar pro-bumiputera di negara ini akan mengundang risiko huru hara dan rusuhan, kata mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.
 
Beliau juga berkata tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan pertumbuhan ekonomi Malaysia terjejas kerana kerajaan memperkenalkan dasar-dasar itu bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum.
 
Menulis di dalam blognya Mahathir berkata kaum bumiputera “ masih perlu diberi pertimbangan dalam perniagaan dan lain-lain berasas kepada bangsa mereka,"
 
"Benarkah pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar DEB menghalang pertumbuhan ekonominya?"
 
“Dunia mengakui bahawa Malaysia yang berbilang kaum lebih cepat dan tinggi tahap pembangunannya dari negara-negara membangun yang lain yang tidak mempunyai masalah bangsa untuk diambilkira,” tambah beliau.
 
Menurutnya lagi, walaupun pertumbuhan Malaysia boleh menjadi lebih dinamis jika tidak berdepan dengan masalah jurang ekonomi perkauman,  hakikat ialah  agihan kekayaan negara yang tidak sama rata boleh mencetuskan ketegangan antara golongan miskin dan kaya.
 
Keadaan sedemikian, tambah beliau lagi akan menjejaskan  pelaburan, dagangan dan perusahaan sehingga menyebabkan pembangunan terjejas.
 
"Yang jelas ialah mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum, tidak juga menjamin kepesatan pembangunan.Kata pepatah Melayu, telan mati pak, luah mati emak," tulis beliau lagi dalam blognya.
 
Beliau kemudian merumuskan bahawa adalah lebih baik pembangunan negara terlewat sedikit akibat dasar-dasar itu daripada menanggung kehancuran akibat rusuhan yang berpunca daripada ketegangan kaum.AP

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive