Tuesday, January 24

TERKINI!! Pejabat DUN Datuk Bashah Terima Ugutan BOM!!



Pusat Khidmat Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Bakar Bata, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, menerima panggilan kononnya sebuah bom diletakkan di bawah pentas di dewan terbuka pusat khidmat berkenaan.

Panggilan itu diterima menerusi nombor telefon pejabat pusat khidmat berkenaan antara 4.45 hingga 5 petang.

Petugas di pejabat itu Shamsul Anuar Aziz, 30, menerima panggilan daripada lelaki berkenaan yang memberitahu "aku letak bom bawah pentas".

Selepas menerima panggilan berkenaan, Shamsul Anuar menghubungi Setiausaha UMNO Bahagian Alor Setar Kadir Mohamad yang kemudian mengarahkan beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar pada pukul 6.30 petang.

Unit Pemusnah Bom Polis yang menjalankan pemeriksaan tidak menjumpai sebarang bahan berbahaya di bawah pentas berkenaan.

Siasatan polis juga mendapati panggilan berkenaan lebih berupa satu panggilan palsu.MC

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive