Datuk Azeez mengamuk pulak dah kali nie pasal apa pulak????Pasal Ayaq keluaq warna merah rupanya.Seorang penoreh getah, Md. Ghazali Md. Hussin, 59, dari Kampung Padang Che Mas Mukim Pulai di sini, terkejut apabila menerima bil air sebanyak RM7,610 untuk bacaan pada bulan lalu.
Menurutnya, jumlah tersebut tidak masuk akal kerana dia yang tinggal bersama isteri, Siti Aminah Abdullah, 56, dan anak mereka, Shahruddin, 30, sebelum ini hanya membayar bil air antara RM10 hingga RM15 setiap bulan kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA).
Katanya, bil yang diterima untuk penggunaan air pada Oktober lalu mencatatkan jumlah sebanyak RM7,610 selepas meter air ditukar baru.
“Biasanya saya hanya perlu membayar antara RM10 hingga RM15 setiap bulan, jadi saya cukup terkejut apabila menerima bil minggu lalu yang berjumlah RM7,610 dan saya percaya ia adalah kesilapan pihak berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya, dia kemudiannya membawa bil itu ke pejabat SADA di pekan Baling, namun dimaklumkan tiada pegawai yang bertanggungjawab untuk menjelaskan mengenai catatan jumlah tersebut kepadanya.
Katanya, dia ke pejabat berkenaan sebelum Hari Raya Aidiladha lalu, namun sehingga hari ini pihak berkenaan belum menemuinya.
Berikutan bil yang diterimanya itu, dia sekeluarga terpaksa menutup kunci meter air kerana tidak berani lagi menggunakan air paip kerana bimbang bil akan naik lebih tinggi lagi.
Ekoran itu, dia dan keluarganya terpaksa menggunakan air telaga yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk kegunaan harian seperti minum, membasuh dan mandi.
“Saya dan keluarga tidak lagi berani menggunakan air paip, takut bil terus melambung tinggi, lebih baik saya gunakan air perigi dulu,” katanya.
Menurut Md. Ghazali, dia tidak mampu untuk menjelaskan bayaran sebanyak itu malah dia sekeluarga tidak pernah menggunakan bekalan air yang banyak untuk kegunaan harian.
Katanya, sejak menggunakan bekalan air paip sejak 20 tahun lalu bil di rumahnya tidak pernah mencatatkan jumlah seperti itu kerana dia dan keluarga sering berjimat cermat dalam menggunakan air.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam SADA, Rofedi Sulaiman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya berkata, pihaknya akan meneliti perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment