Barisan Nasional (BN) Kedah akan melancarkan program turun padang untuk menemui lebih 967,000 pengundi baru di negeri ini melalui Program 1Juta Pengundi bermula Februari ini.
Pengerusi BN negeri Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata melalui program itu BN akan menggerakkan semua jentera parti komponennya terdiri daripada sayap Wanita, Pemuda dan Puteri di setiap kawasan bagi mengenal pasti tahap sokongan pengundi baru terhadap BN.
Katanya program ini bertujuan mengenal pasti kehendak pengundi baru agar mereka menyokong BN dalam usaha merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Beliau berkata kira-kira 40 peratus pengundi muda yang dikenal pasti sebagai majoriti senyap menjadi keutamaan selain mendekatkan diri dengan penyokong-penyokong BN.
"Golongan ini memiliki ilmu pengetahuan yang amat luas dan mereka dapat menilai sama ada BN atau pembangkang yang dapat memberi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini," katanya pada sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gerakan negeri di sini Isnin.
Ahmad Bashah berkata beliau yakin masyarakat Cina di negeri ini akan kembali menyokong BN berdasarkan sokongan dan komitmen yang diberikan melalui program-program anjuran BN.
Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai pula berkata Gerakan telah bersedia sepenuhnya dan menguatkan jentera parti di kawasan yang dimenanginya.
Turut hadir pada majlis rumah terbuka itu Pengerusi MCA Kedah Datuk Chong Itt Chew dan turut dihadiri lebih 3,000 tetamu pelbagai kaum.
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
No comments:
Post a Comment