Wednesday, January 18

Kak Wan Please.....Please.....Tolonglah Faham?




Umi Hafilda Ali akan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap abangnya, Azwan berhubung ugutan bunuh yang diterima melalui mesej Twitter sebelum ini.

Umi Hafilda berkata, beliau mengambil tindakan demikian selepas Azwan memberi jaminan akan melakukan akuan bersumpah di hadapan media dan memastikan keselamatannya terjamin.

"Berkat doa ibu. Kami yang hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa dan daripada musibah ini, kami berdamai. Saya bersyukur, Allah makbulkan doa ibu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri Azwan, di sini tengah hari ini.


Azwan Ali juga memohon maaf kepada ke semua pemimpin negara yang dikutuk termasuk Tun Dr Mahathir.

Azwan Ali juga dilihat menangis 'Sebak' bila nama Azmin Ali disebut sambil menafikan dia bukan penyokong kuat Anwar Ibrahim.Dia juga meminta jangan menghina keluarganya sambil menangis.

Dan Azwan Ali juga bersumpah tidak akan menghina, mengeji atau pun mengutuk apa-apa pun melalui twitter dan facebook beliau dan berkemungkinan twitternya akan ditutup.

Ummi juga berkata Azwan Ali sudah berubah cukuplah menghina beliau.

P/S:Kami doakan semoga Azwan dan Ummi berbaik semula dan bersatu sebagai keluarga.Tinggal sorang lagi tak tau bila nak insaf.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive