Sunday, January 15

Kesalahan seksual: Sistem ”plea bargaining” tak terpakai




Anwar Ibrahim berkata, terdapat keperluan untuk menyemak semula undang-undang lapuk Malaysia supaya tidak dilihat sebagai menyusahkan dan dianggap sebagai relevan.Menjawab soalan berkaitan hak-hak golongan gay dan sama ada beliau bersedia untuk menerima “idea antidiskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay”, Anwar berkata, dalam satu wawancara dengan BBC pada Khamis lalu:“Kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami.”Berikut adalah penjelasan Peguam Negara:
PUTRAJAYA 14 Jan. – Sistem ”plea bargaining” atau rundingan bagi pengakuan bersalah, tidak terpakai bagi kesalahan seksual, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.
Beliau berkata, ia juga tidak terpakai bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak dan pesalah yang memiliki rekod jenayah lampau.
Abdul Gani berkata, pindaan Seksyen 172D Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) menjelaskan hukuman ringan yang boleh dijatuhi mahkamah dalam rundingan itu hanyalah penjara, dan ia tidak terpakai kepada tertuduh dengan kesalahan yang memperuntukkan hukuman denda atau penjara seumur hidup.
Beliau berkata, seksyen 172G KTJ yang baru, diperkenalkan bagi membolehkan seorang tertuduh yang mengaku bersalah pada bila-bila masa sebelum perbicaraan kesnya bermula, dihukum mengikut Seksyen 172D kanun sama, walaupun dia tidak memohon rundingan bagi pengakuan bersalah.
Sistem itu, yang diluluskan Parlimen pada Jun 2010, akan membantu mengawal kes tertunggak dan pendakwaan serta tertuduh, termasuk bagi kesalahan yang membawa hukuman mati, boleh memohon rundingan tersebut sebelum perbicaraan kes bermula.
Mengikut sistem ini, seorang tertuduh yang mengaku bersalah akan menikmati pengurangan sebanyak 50 peratus daripada jumlah hukuman maksimum. – BERNAMA

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive