Friday, January 20

Ah Jib Gor Bagi AngPau 2.5 Juta?

Siapa dia nie nak bagi angpau banyak sampai macam tue,,,,Pada mulanya MKP pun cuak jugak dengan nama dan pendekatan terbaru PM nie.Akan tetapi melihat dari apa yang diperkatakan oleh puak belah sana,depa nampak tersesak dan cuba memanipulasi keadaan supaya pendekatan baru nie nampak kurang releven.Dari laporan yang MKP baca populariti PM naik mendadak daripada Al Juburi.Semoga lepas nie masyarakat dari kaum cina menyokong tranfomasi yang telah dibuat oleh PM.Moga apa yang telah berlaku di PRU 12 tidak berulang lagi.

KUALA LUMPUR, 20 Jan Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak di sini untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah pun meluluskan model pembangunan projek tersebut, dan peruntukan yang diberikan merupakan sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2012 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

"Sebagai brother... Ah Jib Gor, saya nak beri angpau kepada sekolah ini. Ini sumbangan ikhlas kepada rakyat," katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai laman sosial Facebook bahasa Cinanya 'Ah Jib Gor' yang bermaksud 'Abang Najib' yang dilancarkan tiga hari lepas, Najib berkata laman sosial itu telah menarik kira-kira 12,000 pengikut, dan beliau berharap jumlah pengikut laman sosial itu akan bertambah lagi selepas ini.

Najib, yang menyifatkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa itu sebagai sekolah yang baik tetapi memiliki bangunan yang lama, berkata sumbangan yang diberikan kepada sekolah berkenaan akan turut mendapat pelepasan cukai.

Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dengan harapan Tahun Naga ini akan mencetuskan kejayaan kepada kira-kira 1,000 pelajar yang hadir pada majlis berkenaan.

"Tahun Naga tahun baik untuk pilihan raya... atau pun (pilihan raya) tahun depan," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi Lembaga Pengelola SMJK Chong Hwa Datuk Lim King Hoo.bernama.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive