Showing posts with label CNY. Show all posts
Showing posts with label CNY. Show all posts

Thursday, January 26

Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Tak Dapat Sambutan?

Fuhh Jutaan yang hadir memberi sokongan kepada Mansor.

Apa yang dibincangkan oleh depa tue?

Paling ramai pun tak sampai seribu yang hadir.....

Ini baru yang kecil MKP dedahkan,dengan Guan Eng belum lagi.Rumah terbuka DAP tahun nie agak suram dengan pengunjung kali nie.terkenang pulak aura BN yang berjaya mencapai seramai 10ribu lebih bila PM turun ke Tanjung Marina selasa lepas.Apa dah jadi dengan pakatan rakyat nie.Orang Penang dah meluat dekat Lidah bewak nie atau kerana meluat selalu kena tipu.Jika ramai pengunjung sudah pasti lidah bewak pukul canang panggil press kata depa lagi hebat dari BN akan tetapi tajun nie nampak sunyi sepi.Kenapa?????????????????????????????. 

Wednesday, January 25

VIDEO: Aksi LGE Bila Lagu Barisan Nasional Dinyanyikan



Terkedu dan hanya melihat aura Tranfomasi yang yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak.Itulah reaksi LGE apabila dikelilingi oleh 10ribu pengunjung ke Rumah Terbuka Sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Barisan Nasional Pulau Pinang.Ternyata sokongan dari masyarakat Cina amat mengalakkan.Ini adalah petanda baik bagi Pulau Pinang.

awat sampai macam tue bila baca risalah yg diberi?

Gagasan 1Malaysia kini mula diterima oleh rakyat dari pelbagai kaum sebagai satu cara hidup di negara ini, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.
Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, atas iltizam kerajaan untuk menerapkan semangat Gagasan 1Malaysia, rakyat Malaysia kini hidup dalam keadaan aman dan harmoni. 
Katanya, disebabkan itu negara berjaya merekodkan pencapaian ekonomi memberangsangkan pada tahun lepas. 
"Minggu lepas sahaja negara Malaysia telah didapati menduduki tempat keempat di dunia sebagai negara yang paling sesuai untuk pesara dan hidup dengan selesa. 
"Ini kerana kualiti hidup kita yang baik. Kita menduduki tempat keempat di dunia menurut ”International Retirement Index.” Bukan sahaja kesepuluh teratas, kita di nombor keempat,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN negeri di Tanjung Marina Bay di sini, hari ini. - BERNAMA

Tuesday, January 24

Konsep Kesederhaan Pilihan BN Pulau Pinang.

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menggesa rakyat menyokong dan mengamalkan konsep kesederhanaan yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan risalah yang diedar pada Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Tahun Baru Cina di Tanjung Marina di sini, BN negeri dipetik sebagai berkata ia adalah langkah terbaik ke arah memerangi segala bentuk ekstremisme termasuk agama dan ras.

"Walaupun Najib, pemimpin Umno, parti berteraskan ras, namun beliau bertekad untuk memacu gerakan aliran kesederhanaan demi mencapai kestabilan dan kedamaian sejagat.

"Sebagai rakyat Malaysia yang majoritinya adalah pencinta keamanan dan kesederhanaan, kita seharusnya menyokong saranan Perdana Menteri agar laungan kesederhanaan didengar," menurut risalah itu.

Baru-baru ini, pada Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global Najib melancarkan Yayasan Pergerakan Moderat Global dan mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah bagi memupuk sifat kesederhanaan serta kesimbangan dalam semua aspek kehidupan.

Risalah yang diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Tamil dan Mandarin itu diedarkan kepada kira-kira 20,000 orang yang menghadiri majlis anjuran BN Negeri itu.

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta pemimpin BN negeri.

Guan Eng Tercengang Bila Lagu BN Didendangkan.

Muka merah padam bila MKP tengok muka LGE bila lagu BN dinyanyikan oleh 10ribu pengunjung yang hadir disini.Semuanya bersorak gembira akan tetapi apa yang ada dihati LGE hanya beliau yang tahu.Kehadiran PM disini menampakkan pengundi Pulau Pinang terutama dari kaum cina nampaknya menyokong Tranfomasi yang dibawa oleh PM.

Lautan Penyokong PM Hadir Di Tanjong Marina.

Lautan penyokong hadir disini menanti kehadiran PM.MKP tersentuh melihat keadaan ini.Satu benda yg tidak senang dilihat apabila Ketua menteri Paling celaka pun hadir dalam majlis nie.

Sunday, January 22

The Tiger Chinese New Year Shuffle.



Pertama sekali, MKP  ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca warga Tiong Hua!

Buat rakyat Malaysia amnya,MKP berharap kita semua akan mengambil langkah berjaga-jaga bukan sahaja ketika berada di jalan raya tetapi juga apabila meninggalkan rumah masing-masing, dengan memastikan kesemua tingkap dan pintu terkunci kemas.

Pun begitu, MKP berharap semoga Tahun Naga ini akan memberi peluang yang baru untuk kita memperbaiki diri, mempererat persefahaman di antara kita, dan memperkukuh tali persaudaraan sesama rakyat Malaysia.

Peng you men, Xin nian kuai le!!

Friday, January 20

Ah Jib Gor Bagi AngPau 2.5 Juta?

Siapa dia nie nak bagi angpau banyak sampai macam tue,,,,Pada mulanya MKP pun cuak jugak dengan nama dan pendekatan terbaru PM nie.Akan tetapi melihat dari apa yang diperkatakan oleh puak belah sana,depa nampak tersesak dan cuba memanipulasi keadaan supaya pendekatan baru nie nampak kurang releven.Dari laporan yang MKP baca populariti PM naik mendadak daripada Al Juburi.Semoga lepas nie masyarakat dari kaum cina menyokong tranfomasi yang telah dibuat oleh PM.Moga apa yang telah berlaku di PRU 12 tidak berulang lagi.

KUALA LUMPUR, 20 Jan Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat mengumumkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa Jalan Gombak di sini untuk pembinaan bangunan baru sekolah berkenaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan telah pun meluluskan model pembangunan projek tersebut, dan peruntukan yang diberikan merupakan sebahagian daripada peruntukan Belanjawan 2012 bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

"Sebagai brother... Ah Jib Gor, saya nak beri angpau kepada sekolah ini. Ini sumbangan ikhlas kepada rakyat," katanya semasa melawat sekolah berkenaan dalam program turun padangnya ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai laman sosial Facebook bahasa Cinanya 'Ah Jib Gor' yang bermaksud 'Abang Najib' yang dilancarkan tiga hari lepas, Najib berkata laman sosial itu telah menarik kira-kira 12,000 pengikut, dan beliau berharap jumlah pengikut laman sosial itu akan bertambah lagi selepas ini.

Najib, yang menyifatkan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa itu sebagai sekolah yang baik tetapi memiliki bangunan yang lama, berkata sumbangan yang diberikan kepada sekolah berkenaan akan turut mendapat pelepasan cukai.

Perdana Menteri turut mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dengan harapan Tahun Naga ini akan mencetuskan kejayaan kepada kira-kira 1,000 pelajar yang hadir pada majlis berkenaan.

"Tahun Naga tahun baik untuk pilihan raya... atau pun (pilihan raya) tahun depan," katanya.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Pengerusi Lembaga Pengelola SMJK Chong Hwa Datuk Lim King Hoo.bernama.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive