Monday, January 16

Nik Aziz Gundah Gelana Tengok Video Nie?


Bekas pemimpin PAS yang dipecat Datuk Dr Hasan Ali  akan mendedahkan mengenai kewujudan kumpulan parasit yang semakin menular hingga merosakkan asas dan perjuangan parti itu.
Dakwa beliau, kumpulan parasit berkenaan kini semakin menguasai hala tuju PAS termasuk dalam isu pemecatannya.
"Golongan parasit dalam PAS begitu kuat sehingga pucuk pimpinan terpaksa tunduk kepada mereka. Inilah yang sedang berlaku dalam PAS.
"Golongan parasit yang jumlahnya lebih besar dan menggunakan strategi yang licik telah berjaya mengubah hala tuju PAS," katanya pada sidang media terbarunya di kediamannya di Taman Tun Dr Islam , Kuala Lumpur pagi Isnin.
Jelas ADUN Gombak Setia, beliau akan mendedahkan pemimpin PAS yang bertindak sebagai parasit dalam parti itu menerusi  satu road show di seluruh negara dalam masa terdekat.
"Antara lain nanti road show itu akan membongkar peranan DAP dan PKR di dalam PAS ketika itu nanti," katanya yang memberitahu penganjur bagi jelajah tersebut adalah pejabat beliau sendiri.
Beliau juga ditanya mengenai temubual ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam BBC - Anwar sokong hapuskan undang-undang lapuk mengenai liwat di negara ini.
Kata Hasan, beliau sudah tahu pandangan Anwar mengenai perkara itu dan sebab itulah tidak pernah menyokong Anwar.
“Ini ialah sebab mengapa saya tidak boleh bekerja dengannya. Ini adalah faktor mengapa rakyat Malaysia perlu menolak Anwar.
“LGBTs (lesbian, homoseksual, dwiseksual dan transeksual) disahkan di Malaysia! Tuhan melarang!  Saya boleh melihat keadaan yang sukar jika perkara itu berlaku,” Hasan.
“(Dia) akan menjadikan perkara itu 'halal'. Tuhan melarang, dan masyarakat akan berada dalam keadaan huru-hara dan kucar-kacir jika itu berlaku.
“Pandangan-pandangan dalam temubual bersama BBC mencerminkan pandangan peribadinya,” katanya.
Sebelum itu, beliau membacakan satu kenyataan media empat muka surat yang antara lain mempersoalkan keputusan kerajaan negeri menggugurkan beliau sebagai Exco Selangor yang disifatkan dibuat secara terburu-buru serta bermotif demi kepentingan pihak tertentu.
Menurut Hasan, penggugurannya sebagai exco yang berkuat-kuasa hari ini bercanggah dengan tarikh akhir tempoh rayuan beliau sebagai ahli PAS yang hanya akan tamat pada minggu pertama Februari depan.
Jelas beliau, secara teknikal pelucutan jawatannya sebagai exco berlaku dalam tempoh jangka hayat keahliannya dalam PAS masih sah sehingga proses rayuan berakhir.
"Mungkin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terlepas pandang menasihatkan Sultan Selangor mengenai perkara ini. Namun saya tidak ada masalah di atas pengguguran sebagai ahli exco. Malah saya telah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapinya.
"Hanya saya tertanya-tanya apa di sebalik tindakan yang begitu tergesa-gesa untuk memecat dan menggugurkan saya. Tindakan ini seolah-oleh menampakkan ada pihak yang begitu tidak sabar untuk mengeluarkan dan menggantikan tempat saya.
"Walhal dari segi pengguguran ahli exco, saya sepatutnya masih ada tiga minggu tempoh bertenang untuk membuat keputusan terbaik," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive