Apabila Pakatan Rakyat berkuasa negara Malaysia akan jadi negara republik dan akan merobohkan Artikel 153 Perlembagan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan Islam, orang Melayu dan Institusi Raja.
Itulah kata-kata Datuk Hassan Ali, Presiden Jati dalam ceramahnya di Terangganu. Hassan 'meminta tolong' supaya pengundi Pulau Pinang tidak mengundi parti-parti DAP, PKR dan Pas dalam pilihan raya akan datang.
Sapa punya kerja nie sampai macam tue sekali nak sabotaj kain rentang Program Datuk Dr Hassan Ali.MKP berharap individu yang mengsabotaj program Dr Hasan Ali Di SMK Belimbing Melaka semalam bukan dikalangan orang-orang Islam...
Masyarakat bukan Islam tidak perlu berasa tersisih dengan kewujudan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, walaupun perjuangan JATI bertumpu kepada IMR — iaitu singkatan kepada perjuangan untuk Islam, Melayu serta mendaulatkan institusi raja-raja, hak bukan Islam tetap terjamin menurut Perlembagaan Malaysia.
“Bila saya kata IMR, orang bukan Islam jangan rasa tersisih. Dalam Perlembagaan kita tak seorang pun terkeluar daripada garis, ruang atau tak dapat ruang, keselesaan dan hak di dalam negara ini.
“Jangan takut dan bimbang. Islam tak menyisihkan (orang lain, Melayu tak menyisihkan (orang lain), manakala Raja-raja adalah point of solidarity, togetherness and convergence (titik perpaduan, bersatu hati dan pertemuan),” katanya.
Beliau berkata, penubuhan JATI seolah-olah ditunggu-tunggu masyarakat dan mendakwa ribuan orang sudah menyatakan berminat untuk menyertai pertubuhan itu.
Bekas Naib Presiden Pas itu berkata, struktur organisasi JATI sedang disusun dan diketuai oleh seorang Presiden tetapi ia bukan sebuah pertubuhan politik.
“Jadi tekanan ke arah itu (kewujudan JATI) tak payah didesak. Our forte is (kekuatan kami ialah) aqidah Islam, Melayu yang reflect the authenticity of Islam (yang menggambarkan ketulenan Islam),” katanya.
Beliau berkata, walaupun JATI tidak bermotifkan politik, ahlinya tidak akan dihalang sama ada secara bergabung sesama mereka atau secara individu untuk menjadi calon pada pilihan raya umum akan datang.
Hasan berkata, pada masa ini, penubuhannya bukan bertujuan mewujudkan satu lagi parti politik berasaskan Islam
Nie nak habaq kat hampa video dari ceramah yang dibuat sabtu malam di Permatang Pasir oleh Hassan Ali mengenai Ketua Penerangan PAS pusat yang mangkok hayun mengenai isu murtad di Selangor.Apa punya kejadah nie Penerangan PAS puasat kalau dah bangang ahli dan pengikutnya lagilah 10kali bangang dan bengap kerana mendapat penerangan yang macam haram jadah.
Ceramah Selamatkan Akidah & Pertahankan Islam anjuran GABUNGAN yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pemuda PAS PP , Ustaz Hafiz Nordin yang menampilkan YB Datuk Dr Hassan Ali Pengerusi JATI dan Ustaz Ismail Mina Ahmad , Pengerusi MUAFAKAT .
Kehadiran umat Islam di Permatang Pauh dan sekitarnya memang cukup luar biasa sekali demi pertahankan Islam , Raja dan Melayu . Dianggarkan 5 ribu orang hadir membanjiri ceramah anjuran malam tadi .
Didalam ceramah tersebut, Haji Ismail Mina yang juga merupakan Presiden Muafakat dan bekas sahabat karib Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan, persoalan akidah masyarakat kini telah terpesong akibat dari perbuatan halus yahudi di Malaysia.
Menurut beliau, ejen-ejen asing kini berselindung di sebalik parti politik pembangkang yang berusaha untuk mengucar kacirkan umat Islam di negara ini.
Selain itu , pihak NGO GABUNGAN juga mendedahkan NGO pemikir Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) telah menerbitkan buku-buku mengenai agama Islam yang jelas terpesong sama sekali dan ditulis pulak oleh orang yang berfahaman liberal . Malah buku-buku disebarkan oleh PKR sendiri kepada ahli-ahli mereka .
Dr Hassan Ali pulak dalam ceramahnya banyak mendedahkan ancaman murtad yang berleluasa untuk memesongkan akidah umat Islam . Selain itu, beliau juga mendedahkan sikap parasit-parasit dalam PAS yang turut bersekongkol dengan pemimpin kafir dalam menjahanmkan umat Islam .
Malah beliau juga persoalkan adakah PAS di Permatang Pauh bersetuju bukan Islam menjadi Timb Presiden PAS seperti yang dicadangkan seorang parasit dalam parti mereka ini .
MKP Ayat Sempoi ; Terkejut tengok suasana semalam,Walaupun disabotaj bergelap tetapi depa tak berganjak dari kerusi dan dengaq sampai habis ceramah tue.
Di Indonesia ni, apa yang dipelikkan. Yang tak murtad pun macam murtad. Yang muslim dan tak nampak rupa muslim. Apatah lagi artis-artisnya. Cara berpakaiannya, cara pergaulannya, hinggakan cara lakonannya pun sudah tidak melambangkang ciri-ciri keislamannya langsung!
Kalau filem, terutama yang berbajet rendah, aksi dedah tubuh, dan ranjang sudah menjadi kewajipan. Tetapi masih mengaku Islamnya kental! Waduh...Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.
Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.
Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo (gambar diatas sekali) dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.
"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.
Itu kat indon tak banyak orang Malaysia kisah akan tetapi dedahan dari Datuk Hassan Ali ini amat membimbangkan MKP tentang Murtad yang menular di Malaysia.
Nampaknya ini yang terlepas pandang oleh Pemuda PAS.
Pemecatan Naib Presiden Pas yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali kerana kelantangannya mempertahankan kesucian dan maruah umat Islam di Selangor membuatkan Jawatan Kuasa Pas Pusat kelihatan seperti mengkhianati perjuangan Islam yang diamanahkan oleh ahli mereka.
kepimpinan Pas sudah bersekongkol dengan DAP dan PKR dua parti sekular, maka tidak hairanlah, keputusan mereka pecat Dr. Hasan pasti dipengaruhi oleh dua parti sekular tersebut. Pas kini boleh dikatakan telah bercampur antara Islam dan sekular.
Pemuda PAS sekarang telah menjadi alat tunggangan DAP dengan membuat laporan polis terhadap Hassan Ali pula,
Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.
Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.
"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.
Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.
Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.
Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.
"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.
"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas.
Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan parti itu kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, sejumlah 28 peratus lagi adalah golongan ulama yang sanggup mengetepikan perjuangan asal Pas untuk menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13.
"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu Pas terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya pada ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning di sini, malam tadi.
Pada ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan Pas cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.
"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.
Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan pakatan Pas, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.
Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara
liberal jika diberi peluang.
Hassan Ali mengamuk lagi dengan pendedahan semasa ceramahnya di Jalan Kebun semalam.Bukan sehari dua Dr Hasan dengan BTN, lebih 20 tahun, terlibat dengan kursus-kursus yang membabitkan kakitangan awam seluruh negara.
Juga golongan muda, bekas-bekas anak didik beliau dalam ‘summer camp’ yang mana beliau kelolakan bersama isterinya, selama 38 tahun dan cukup terkenal satu masa dulu.
“Tindakan PAS pecat Dr Hasan Ali pada waktu-waktu hampir dengan pilihanraya seperti ini merupakan rahmat kepada UMNO Selangor, ‘bola tanggung’ kepada kita,” kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sepang Anuar Basiran.
Sungguhpun, UMNO Selangor tidak bergantung kepada pengaruh Hasan untuk membuat penerangan mengenai isu-isu semasa di Selangor, tetapi tempias dari pemecatan itu menguntungkan UMNO.
“Sekarang orang Melayu Selangor yang sebelum ini rapat dengan pembangkang ‘tersentap’ dengan segala macam masalah PR, mereka sedar bahawa PR bukan kerajaan yang boleh diharap,” katanya.
Dr Hasan, kata Anuar, merupakan ‘penyapu baru’ untuk mencuci kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya akan datang.
“Saya rasa UMNO sudah pasti akan ambil kesempatan semaksimum mungkin atas kucar-kacir dalam PR ini. Kita orang politik, benda ni macam bola tanggung, kita tak smash rugi besar lah…” katanya yang turut serta di Bangi.
“Dari pemerhatian saya, yang datang pada ceramah Dr Hasan adalah orang PAS yang keliru, mereka hendak dengar sendiri penjelasan daripada beliau, kedua pengundi atas pagar, Melayu bandar, kakitangan kerajaan, golongan pertengahan, mereka ini bukan jenis terima segala kata-kata dari pemimpin PAS.
“Ketiga penyokong NGO HIMPUN yang Dr Hasan merupakan orang kuatnya, serta penyokong dan keempat penyokong UMNO, yang rasa boleh ambil kesempatan ‘bola tanggung’ ini,” kata Anuar.
Dr Hasan sendiri selesa dengan membangkitkan tiga perkara dalam siri jelajahnya, IMR - Islam, Melayu dan Institusi Raja, yang kalau kita teliti tidak berbeza langsung dengan perjuangan UMNO selama ini.
Selain IMR, beliau yang juga merupakan bekas exco kerajaan negeri menceritakan pengalaman-pengalaman peribadinya, sepanjang menjawat jawatan tersebut.
Modal Dr Hasan adalah kisah benar bagaimana PAS menghalang usahanya memerangi penjualan arak di Selangor pada tahun 2008.
Katanya, jika parti komponen lain seperti DAP atau PKR yang menghalang usahanya itu, beliau tidak kisah.
"Saya berasa hairan. Tuan-tuan tahukan macam mana saya memerangi arak? Jadi, siapa yang halang saya? Kalau DAP atau PKR yang nak halang saya, saya boleh faham. Tetapi bekas parti saya sendiri yang halang. Saya tak boleh terima," katanya.
Beliau turut menceritakan kunjungan seorang wakil PAS Pusat bertemu dengannya sebagai langkah untuk ‘tone down’ beliau yang aktif mencegah mungkar di Selangor.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," kata wakil PAS Pusat tersebut cerita Dr Hasan yang tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soal Dr Hasan.
Hadirin yang berdiri dan duduk terpukau dengan kepetahan bekas pakar motivasi nombor satu negara ini dulu. Di Shah Alam misalnya, hadirin menangis bersama dengannya ketika membaca zikir dan doa.
Beliau tahu cara untuk bermain dengan ‘emosi’ orang ramai yang hadir. Sebab itu, ada yang berani bertaruh, jika Dr Hasan pusing Selangor sehingga hujung Febuari ini, PAS dan PR terpaksa buat macam-macam ‘damage control’.
Dr Hasan, macam kata orang kuat UMNO Sepang, Anuar Basiran, jadi ‘penyapu baru’ mencuci kekotoran PR supaya orang Melayu Selangor dapat melihat dengan lebih jelas lagi.
Sesiapa yang mengikuti dari awal siri jelajah bekas orang kuat PAS, Datuk Dr Hasan Ali tentu sekali sedar bahawa kini wujud momentum baru yang boleh buat Pakatan Rakyat terutamanya PAS tak senang duduk.
Melihat dari jumlah kehadiran orangramai, aura bekas Naib Presiden PAS itu nyata tidak terhakis dengan segala kecaman yang diterimanya termasuk kononnya jadi alat UMNO sejak dipecat oleh parti yang disertainya 13 tahun lalu.
Bahkan menggunakan platform sendiri Sekretariat Mobilisasi Umat (SMU) yang disertai oleh kawan-kawan lama beliau dalam PAS dan mereka yang bersimpati dengannya setiap ceramah Hasan Ali mendapat sambutan luar biasa.
Senang cakap kalau PAS dakwa roadshow Dr Hasan tidak memberi sebarang kesan itu tanda mereka cuba memujuk hati sendiri.
Kekuatan Dr Hasan ialah pada kredibilitinya apa lagi dilihat sebagai mangsa percaturan dalaman PAS yang terlalu nak jaga hati PKR dan DAP.
Mereka yang mendengar ceramahnya yang bersemangat dan disampaikan dengan jelas itu dibawa menyusuri kongkalikong pakatan tiga parti yang tidur sebantal mimpi lain-lain itu.
Di Bukit Gantang misalnya, penganjur memberitahu Agendadaily lebih lima ribu orang keluar mendengar penerangan Hasan Ali.“Kita sediakan 10 khemah, 2,000 kerusi penuh, yang berdiri pun ramai, dan kebanyakan mereka orang tempatan yang hadir naik motor saja,” katanya yang enggan dikenali.Di Jalan Kebun, Klang lebih 2,000 hadir.Enam khemah dan 800 kerusi penuh, yang berdiri di sekitar padang Seksyen 2, Bandar Baru Bangi itu pun ramai. Dianggarkan tidak kurang daripada dua kali anda jumlah yang duduk berkerusi.Ada yang naik motor, tapi kebanyakannya berkereta, sehingga siapa yang lambat kena jalan kaki jauh sebab tempat parking penuh.Dalam siri jelajahnya, Dr Hasan Ali tidak keseorangan dari PAS, beliau ditemani dengan seorang Hassan lagi, iaitu bekas ketua penerangan PAS Selangor Ustaz Hassan Basri.Hassan Basri pun bukan calang-calang pemidato, kalau dengar dari jauh tak tengok muka, gayanya saling tak tumpah macam Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Selain itu, Norman Toha, bekas setiausaha perhubungan PAS Selangor, yang mengacarakan majlis, lebih berperanan sebagai penganjur dan penyelaras setiap ceramah.Kiranya jentera utama Dr Hasan untuk berkempen dalam siri jelajah ini adalah kawan-kawan lama beliau dalam PAS. Berdasarkan jadual yang disusun oleh SMU, Dr Hasan akan menjelajah seluruh Selangor sehingga hujung bulan Febuari ini.“Setiap malam beliau ceramah, ada hari yang programnya bermula pagi, iaitu majlis penerangan dengan NGO Selangor yang kita panggil Wacana Ilmu.“Ada program yang bermula petang macam majlis Hi-Tea, tapi hampir semua program adalah sebelah malam, meliputi DUN-DUN yang dikuasai PAS seperti Meru, Selat Klang, Sijangkang, Gombak Setia.“DUN PKR kita pergi ke Bukit Antarabangsa, Ijok, Kota Damansara, Taman Medan dan banyak lagi,” kata Norman.Agendadaily berkesempatan melihat kertas jadual program-program Dr Hasan Ali tersebut, yang mana, hari yang dibiarkan kosong hanya Jumaat. Lain-lain sudah penuh setiap nama tempat dan DUN sasaran.Orang kata dari segi mobilisasinya amat terancang, lelah dan senak perut jugalah PAS dan PR hendak counter semua ceramah dalam siri jelajah ke seluruh pelusuk Selangor itu.Sudah tentu isu utama yang disentuh Dr Hasan dalam siri jelajahnya adalah sebab pemecatan beliau dari PAS pada 8 Januari lalu. Pemecatan yang dibuat tanpa pertuduhan dan hak beliau untuk membela diri, katanya.“Tidak ada sekeping suratpun yang dihantar untuk memaklumkan pertuduhan atau jemputan untuk saya menghadiri sesi soal siasat sebelum dipecat,” katanya."Kesalahan saya bukan meliwat orang. Kesilapan saya bukan gila kuasa. Tetapi kesalahan saya kerana melaksanakan enakmen jenayah Syariah…"Itu salah saya. Terpulang pada saudara untuk menilai...” katanya dengan retorik yang memukau hadirin.Sebagai bekas orang nombor tiga PAS, pengaruhnya dalam parti tersebut tidak boleh dipandang ringan,. terutamanya di Selangor yang mana beliau merupakan Pesuruhjaya PAS negeri sejak 2004 lagi.Selain kepada ahli PAS, peengaruhnya juga menyusur juga kepada golongan atas pagar yang selama ini berjinak-jinak dengan parti pembangkang. Golongan kelas pertengahan Melayu, yang suka dengan gaya ceramah motivasi Dr Hasan, yang mengenali beliau sejak di zaman beliau menjadi penceramah Biro Tata Negara (BTN) lagi.
Pastinya road show begini dengan sambutan hebat dari rakyat pastinya mengusarkan Pakatan Haram.
Dalam serangan yang bakal mewarnai "perang" beliau dengan Pas, Datuk Dr Hasan Ali menuduh Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad sebagai parasit yang menghalang beliau mengekang kegiatan maksiat di semasa beliau menjadi ahli Exco Kerajaan Selangor.
Hasan berkata beliau terkilan dengan penentangan sedemikian daripada kalangan pemimpin Pas sendiri, termasuk daripada Khalid yang pernah mempersoalkan pengharaman penjualan arak di kawasan majoriti Melayu. Khalid adalan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor.
“Kalau DAP dan PKR itu saya faham kerana mereka bukan Islam, tetapi yang saya tidak faham Ahli Parlimen Shah Alam berdiri di barisan hadapan menentang apa yang saya lakukan.
Turut hadir, bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan bekas Timbalan Dekan Fakulti Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Datuk Aidit Ghazali.
Beliau berkata, penduduk di Shah Alam perlu menolak Khalid kerana didakwa mengkhianati perjuangan agama Islam dalam pilihan raya akan datang.
“Kalau dia bertanding dalam pilihan raya akan datang ini, jangan beri satu undi pun kepadanya kerana dia adalah pengkhianat kepada akidah umat Islam,” katanya.
Hasan juga mendakwa Khalid mengkiritk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana memeriksa premis milik Gereja Methodist Damansara Utama Ogos lalu kerana sebuah majlis digunakan untuk memesong akidah hadirin Islam.
Hasan berkata, beliau akur dengan pemecatan beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri atas prinsip perjuangan memelihara akidah, syariah dan Agama Islam.
“Isteri dan anak-anak saya tidak menitiskan air mata pun, atas pemecatan ini, kami reda kerana kami tahu apa yang kami lakukan.
“Tetapi sekiranya saya dilucutkan kerana rasuah, menipu dan mengumpul kekayaan, pastinya saya tidak boleh tidur malam,” katanya.
Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali tampil dalam ceramah keduanya di Bandar Baru Bangi pada malam tadi dengan amaran bahawa Pakatan Rakyat merupakan ancaman kepada Islam.
Hasan mendakwa, Pakatan antara lainnya akan menyokong Israel dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
"Kalau ikut bacaan saya, mengikut apa yang diberitahu kepada saya, kalau mereka berkuasa mereka akan jadikan Malaysia ini menjadi republik," katanya.
Hasan juga mendakwa, Pakatan akan menggugurkan Perkara 153 dalam perlembagaan Malaysia yang melindungi hak keistimewaan orang Melayu.
Bagaimanapun, parti berkenaan masih tidak boleh berbuat demikian, kerana tindakan itu memerlukan kelulusan daripada Majlis Raja-raja.
Oleh sebab itulah rakyat perlu menyokong gerakan JATI – kuasa ketiga yang memperjuang agenda Islam, Melayu dan Raja-raja dalam pilihan raya akan datang.
Hasan juga cuba meraih simpati dengan dakwaan bahawa beliau dipecat daripada PAS akibat tekanan daripada PKR dan juga dihalang daripada menjalankan hukum Islam ketika berada di dalam Pakatan.
Beliau juga giat menyerang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai "rakyat Malaysia yang tetap akan menjadi perdana menteri walau di dalam penjara."
Katanya, Anwar dalam syarahan di London School of Economics sebelum ini antara lainnya telah menyebut mengenai pluralisme agama – satu fahaman yang disifatkannya sebagai syirik.
"Bahaya orang ini. Kalau jumpa ular, bunuh yang mana dulu saya tak tahulah. Dalam satu cara, lebih bahaya daripada (pengerusi DAP) Karpal Singh," katanya lagi yang disambut ketawa oleh sebahagian
daripada kira-kira 1,000 orang yang hadir.
Mengimbau kembali saat apabila Pakatan memenangi Selangor pada 2008, Hasan juga menceritakan bahawa beliau telah diberitahu oleh pemimpin Pakatan Rakyat supaya tidak menguatkuasa menguatkuasa enakmen jenayah Syariah di Selangor.
"Saya nak kuatkuasakan (undang-undang) yang berkaitan zina, rumah urut, arak, apa mereka kata? Bila kita menang kita bersetuju bahawa kita tidak boleh lakukan yang bertentangan dengan hak asasi manusia."
Lebih teruk lagi, kata Hasan, apabila diberitahu bahawa tindakan itu juga menyalahi hak asasi manusia sekiranya dilakukan ke atas orang Islam.
"Siapa yang halang? DAP dan PKR. DAP dan PKR saya faham kerana ia parti yang agak bercampur, yang saya tak faham orang parti saya.
"Siapa penghalang pertama?," soalnya yang disambut dengan laungan "Khalid Samad" oleh beberapa orang hadirin.
Katanya lagi, beliau sedih apabila orang bekas partinya itu sendiri boleh berdiri di belakang DAP – golongan yang menurutnya pernah berkata "kalau nak laksana hudud, undang-undang Islam, langkah mayat saya dulu."
"DAP kecam saya boleh terima, tapi orang pakai kopiah putih kecam saya, saya tak boleh terima," katanya lagi yang mengaitkannya dengan satu kunjungan yang diterimanya daripada seorang wakil PAS pusat.
Katanya, wakil yang tidak dinamakannya itu telah memberitahunya untuk mengurangkan penguatkuasaan dan serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang diketuainya sebelum ini.
"Yang penting kita nak tawan Putrajaya dulu," katanya, mengulangi saranan yang dikemukakan oleh wakil tersebut.
Bekas timbalan pegawai daerah itu, yang mendabik dada sebagai pegawai pertama yang membaca khutbah Jumaat dalam sejarah Malaysia, juga berkata beliau tidak boleh menerima saranan tersebut.
"Biar tak sembahyang, zina, minum arak dulu asalkan pergi Putrajaya?," soalnya.
Turut berucap dalam ceramah tersebut ialah bekas ketua penerangan PAS Selangor, Hassan Basri yang turut membidas Anwar berhubung kenyataan yang didakwa mengiktiraf negara Israel. AntaraPos
PAS bukan agama, sebaliknya PAS merupakan satu parti politik, tegas YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali, ADUN Gombak Setia, di Dewan Orang Ramai Meru Klang, dalam Majlis Bicara Memurnikan Aqidah Ummah, 20 Jan.
“PAS bukan agama. PAS adalah mekanisme untuk membawa agama dalam hidup. PAS adalah sebuah parti, macam parti-parti lain untuk berjuang menegakkan sesuatu idealisme”, katanya.
Dr Hassan berkata PAS sekarang tidak lagi boleh diharap untuk menjaga agama dan kini menjadi parti yang berbeza daripada parti yang dimasuki 15 tahun dulu.
“Dulu saya masuk PAS, 15 tahun yang lalu, saya yakin pertama sekali PAS nak menegakkan negara Islam, bersendikan Al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qias..sebab itu saya masuk PAS.
“Saya masuk PAS kerana kepimpinan ulamak. Atasnya ulamak, presidennya ulamak, timbalan presidennya ulamak, naib presidennya ulama, sebab saya perlu dipimpin ke jalan yang benar oleh ulama.
“Sekarang ini..dalam pimpinan PAS, ulama yang tinggal lebih kurang 23% sahaja, 72.28% adalah orang yang bukan ulama, pada masa yang sama ada orang mengatakan mereka itulah parasit-parasit dalam PAS”, katanya.AIDC
PULUT MANGGA ALA THAI DENGAN SOS
-
Dessert Pulut Mangga Manis ni terpaksa Kjee buat hari ini walaupun
dah ada perancangan nak buat kuih lain pagi tadi. Sebabnya? Well, hari itu ...
Umno today, Umdap tomorrow
-
Many thanks to the readers of my blog who have followed me on X. The
experience on the platform so far in my first fortnight since I created an
account the...
BUDI95: Semakan Kelayakan dan baki kuota RON95
-
Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan program penyasaran subsidi untuk
petrol RON95, yang dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Inisiatif
ini membo...
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1)
-
Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan
sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor.
'Duduklah dengan ka...
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com