Tuesday, April 3

ARTIS PUN BANYAK YANG MURTAD,ADA YANG KISAH?


Di Indonesia ni, apa yang dipelikkan. Yang tak murtad pun macam murtad. Yang muslim dan tak nampak rupa muslim. Apatah lagi artis-artisnya. Cara berpakaiannya, cara pergaulannya, hinggakan cara lakonannya pun sudah tidak melambangkang ciri-ciri keislamannya langsung!


Kalau filem, terutama yang berbajet rendah, aksi dedah tubuh, dan ranjang sudah menjadi kewajipan. Tetapi masih mengaku Islamnya kental! Waduh...Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu "Kekasih Yang Tak Dianggap" itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo (gambar diatas sekali) dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

"Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,"ujar Deetje.

Itu kat indon tak banyak orang Malaysia kisah akan tetapi dedahan dari Datuk Hassan Ali ini amat membimbangkan MKP tentang Murtad yang menular di Malaysia.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive