Monday, April 23

TIBAI BERBEZA DENGAN CIBAI?




Melampau sungguh Tok Him nie sampai macam tue depa nie tibai gambaq anwar nie,Kesian dah MKP tengok gambaq tue kena tibai.Akan tetapi kalau tibai gambaq adakah Anwar akan terasa.Ianya hanya menampakan kebodohan kita sendiri.Sudah dengaq ura-ura menyatakan pihak penyokong tegar Anwar akan menubuhkan CIBAI.Apa tue cibai (Cintai Insan Bernama Anwar Ibrahim)best nama tue akan tetapi beranikah geng anwar berbuat sedemikian?

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) bertekad akan menentang ketua pembangkang itu pada pilihan raya umum ke-13.

Penerajunya, Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau tidak gentar, sebaliknya bersedia berhadapan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh sekiranya diberi peluang.

Apa kejadah yang sampai nak dapat restu PM pulak nie.kalau anak jantan masuk gelangang kita tengok respon dari pengundi."Andai (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Abd Razak) menamakan saya atau arahkan saya bertanding dengan Anwar di Pematang Pauh, saya sedia turun tentang Anwar,".

Pelancaran TIBAI disempurnakan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali di ibunegara malam tadi.

Turut hadir ialah senator Datuk S Nalakaruppan, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong dan bekas setiausaha sulit Anwar, Anuar Shaari.

Sebagai simbolik pelancaran, Ibrahim dan beberapa pimpinan TIBAI memegang rotan dan memukul gambar Anwar sebagai tanda 'tibai'.

Selain itu, Muhammad Zahid berkata, TIBAI nekad akan menjatuhkan Anwar "sehingga ketitisan darah yang terakhir".

"Kita akan kumpulkan sahabat-sahabat yang pernah menyokong Anwar. Walaupun kita pipit, tetapi dengan sokongan yang ada, kita mampu menggoncangkan Anwar hingga titisan darah yang terakhir," katanya disambut tepukan hadirin.

TIBAI ditubuhkan pada 18 April lalu yang bertujuan untuk menolak Ketua Umum PKR itu daripada menjadi perdana menteri dan seterusnya daripada arus politik semasa.

Menurut Muhammad Zahid, TIBAI dijangka mengadakan siri jelajah bagi memberi penerangan siapa sebenarnya Anwar yang akan memberi fokus kepada empat negeri iaitu Wilayah Persekutuan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.

"Kita akan buat siri jelajah. Bila? Kita akan adakan sidang media pada waktu terdekat," katanya.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive