Aktivis ‘Occupy Dataran’ hari ini meninggalkan Aktivis Mahasiswa terkontang-kanting di Dataran Merdeka selepas 11 hari mereka berkampung di sana bersama mereka.
Menurut laporan portal berita Malaysian Digest, wujud perselisihan faham di antara kedua-dua kumpulan aktivis itu yang menyebabkan aktivis ‘Occupy Dataran’ meninggalkan lokasi protes tersebut.
Kumpulan yang diketuai oleh Fahmi Reza itu dilihat meninggalkan ‘kem’ dengan membawa semua barangan peribadi mereka termasuk khemah.
Ketika ini hanya seorang sahaja aktivis mahasiswa yang berada di Dataran Merdeka iaitu yang dikenali sebagai Alif daripada Legasi Mahasiswa Progresif yang memberitahu kumpulan Occupy Dataran membuat keputusan untuk beredar selepas berlaku pertikaman lidah dengan kumpulan mahasiswa.
“Ada beberapa perkara yang kedua-dua kumpulan tidak dapat mencapai kesepakatan yang menyebabkan mereka (Occupy Dataran) mahu beredar,” kata Alif.
“Mereka langsung tidak memberitahu kami, mereka hanya kemas barangan mereka dan beredar bersama-sama khemah yang di antaranya kepunyaan kami,” tambah beliau.
Sebelum ini kedua-dua kumpulan aktivis tersebut nekad untuk terus berkhemah di Dataran Merdeka hingga 28 April ini bersempena dengan perhimpunan Bersih 3.0.
Perkembangan terbaru itu membuktikan yang perjuangan mereka selama ini sekadar hangat-hangat tahi ayam.

No comments:
Post a Comment