Friday, April 13

BBM UNTUK iOS DAN ANDROID....


BBM untuk Android dan iOS telah diperkatakan sejak daripada tahun lepas, dan kini ia dilaporkan yang mana Research In Motion, syarikat disebalik BlackBerry mensasarkan untuk melancarkan BBM untuk Android dan iOS pada tahun ini. Aplikasi permesejan popular daripada BlackBerry ini dijangka akan disertakan bersama-sama dengan aplikasi Mobile Fusion untuk iOS dan Android.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, tarikh pasti pelancarannya masih tidak diketahui lagi. Melalui paparan skrin yang kelihatan, ia menunjukkan yang mana aplikasi yang dijalankan dilabelkan sebagai BBM untuk Android 0.8.87. Melalui paparan skrin tersebut juga, ia kelihatan yang mana ujian untuk iPhone turut dilakukan pada masa yang sama.

Buat masa ini, seperti biasa, RIM masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Namun persoalannya, dengan sokongan pelbagai aplikasi seperti What’s App, ChatON dan sebagainya, adakah para pengguna akan menggunakan BBM pada peranti mereka sekiranya ia benar-benar dilancarkan kelak?amanz 

KOMEN MKP : Bagus jugaklah bila benda nie dah ada , senang untuk pengguna yang lain,kini terpaksa untuk tidak menukar blackberry kepada gadget yang lain oleh kerana BBM.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive