36,000 pemandu teksi di sekitar Wilayah Persekutuan akan mengalami kerugian sekiranya himpunan BERSIH 3.0 Duduk Bantah yang dijadual pada 28 April ini diteruskan.
Kesal dengan tindakan penganjur yang berdegil mahu meneruskan perhimpunan itu walaupun sudah dilarang berbuat demikian di lokasi yang menjadi pilihan mereka, Persatuan Pemanda Teksi Malaysia (PETEKMA) hari ini tampil membuat laporan polis.
Timbalan Presiden PETEKMA, Mohd Syahrir Abd Aziz yang ditemui selepas membuat laporan berkenaan berkata, pengalaman himpunan BERSIH yang pertama dan kedua Julai tahun lalu banyak memberi kesan kepada pendapatan pemandu teksi di ibu negara.
"Sudah tiga kali BERSIH, kami tidak boleh cari makan. Bukan sikit kerugian,"katanya
"Tiap kali nak buat perhimpunan kami yang seksa. Dataran Merdeka kami tak setuju, tapi jangan juga di jalanan dan Stadium Merdeka. Kami minta tolong dengan pihak penganjur".
PETEKMA hari ini membuat report di Balai Polis Dang Wangi memohon pihak berkuasa mengawal keadaan supaya perhimpunan yang didakwa penganjur sebagai himpunan aman itu tidak merebak di jalanan. "Tolong jangan buat di jalanan. Kami dengar sudah ditawar di stadium,buatlah. Jangan buat dijalanan,"
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebelum ini berkata pihaknya telah menyarankan kepada DBKL untuk menyediakan lokasi altenatif bagi memberi laluan kepada himpunan BERSIH 3.0.
Sementara Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail semalam mencadangkan agar himpunan Duduk Bantah Sabtu ini diadakan di mana-mana lokasi alternatif seperti di Stadium Badminton, Stadium bola sepak Cheras dan Stadium Titiwangsa.
Jawatankuasa Pemandu BERSIH pada sidang media hari ini bagaimanapun menegaskan pihaknya tetap akan berhimpun di Dataran Merdeka.
Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini turut memaklumkan enam lokasi dijadikan tempat berkumpul para demonstran sebelum menuju ke Dataran Merdeka.
Lokasi berkenaan ialah di Masjid Negara, Masjid India, KLCC, Pasar Seni, Brieckfield dan Jalan Sultan.
Komen MKP ; Ambiga nie paham dan mengerti akan kesengsaraan yang dilalui oleh pemandu teksi nie,mereka kais pagi makan pagi kais petang makan petang.Jika punca rezeki sudah ditutup bagaimana nak menyara anak bini kat umah.Apa kejadah perjuangan kepada rakyat akan tetapi tidak memikirkan nasib rakyat yang bukanya sikit beb 36ribu tue.Yang berhimpun pun nanti tak sampai juamlah tue.Apa kata pemandu teksi nie pi ludah ambiga dan pemimpin yang menyokong bershit 3.0 nie pun mahu lemas dibuatnya.So sesama kita fikirkan!!!!!!!
- Posted using BlogPress from my iPad
No comments:
Post a Comment