Sunday, April 29

AL-FATIHAH : BERSIH TELAH MEMBUNUH,AMBIGA HARUS BERTANGGUNGJAWAB?





Korban BERSIH 3.0 AL-Fatihah untuk Arwah anggota IPD Dang Wangi RF 170401 Jaini yg telah disahkan meninggal dunia setelah dimasukan ke Wad ICU semalam.. Semoga arwah ditempatkan orang-orang yang beriman . Inilah demostrasi ' aman ' yg mereka katakan . Terima kasih warga bersih . Hari pembalasan akan menyusul . Amin .Walaupun penganjur berjanji untuk tidak diperkudakan oleh parti pembangkang, himpunan BERSIH dicemari dengan slogan-slogan mencaci Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Penunjuk perasaan yang rata-rata terdiri daripada penyokong pembangkang, khususnya PAS, melaungkan slogan untuk jatuhkan kerajaan yang sedia ada.

Selain daripada itu, hampir semua pemimpin utama parti politik pembangkang diberikan ruang untuk berucap kepada peserta himpunan itu.

Antara yang memberikan “ceramah” politik adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali.

Seperti kelazimannya, sasaran utama kecaman mereka adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Turut dicaci dan dituduh adalah Suruhanjaya Pilihan Raya.

Pengerusi Bersama Himpunan BERSIH 3.0 S.Ambiga sebelum ini memberi jaminan bahawa gerakan itu tidak terikat dengan parti pembangkang.

Ambiga sendiri mengelak daripada dilihat bersama Anwar atau pemimpin pembangkang yang lain, tidak seperti pada Bersih 2 di mana beliau mengadakan sidang akhbar bersama mereka.

Bagaimanapun hakikat adalah sebaliknya BERSIH 3.0 dipergunakan oleh pembangkang sebagai pentas politik bagi memaki hamun lawan politik mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive