Friday, April 27

ANWAR BAWA GENG BALUN DEPAN BELAKANG SAMA RASA?




Kumpulan 'pemerhati' asing yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tujuan kononnya bagi memantau sistem pilihan raya di negara ini sebenarnya adalah sahabat karib dan penyokong setia ketua pembangkang itu.

Meskipun, pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam, Senator Nicholas Xenophon dari Selatan Australia, yang mengetuai delegasi 'pemantau' itu mendakwa lawatan mereka tidak dibiayai mana-mana pihak, namun segala tindak-tanduknya sebelum ini menjurus bahawa beliau sebenarnya adalah boneka Anwar.

“Kami telah dijemput oleh ketua pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk memantau beberapa isu berkenaan pilihan raya dan mengemukakan laporan cadangan dan akan diserahkan kepada parti politik, termasuk kerajaan dan juga pembangkang,” kata Xenophon.


Wakil rakyat Bebas Australia itu, sebelum ini mencetuskan kontroversi dengan berkata beliau akan menyokong undang-undang bagi membenarkan perkahwinan pasangan sesama jantina di Australia.

Secara tidak langsung, beliau juga banyak mengeluarkan kenyataan membidas tindakan Anwar yang diheret ke mahkamah kerana didakwa meliwat pembantu peribadinya.

Bagi beliau dan masyarakat di Barat, hubung seks sesama jantina bukan sesuatu kesalahan.

Semasa Anwar diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel pada tahun 2010, Xenophon adalah antara yang terawal melabelkan jawatankuasa itu sebagai 'mahkamah kangaro'.

Berikutan keceluparannya itu, Anwar digantung enam bulan daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Justeru, kehadiran Xenophon kali ini, adalah jelas atas arahan Anwar dalam cubaan berterusan untuk mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihanraya.

Bagi mengandaikan Xenophon akn bertindak berkecuali dalam tugas 'pemantauannya' itu ibarat bermimpi di siang hari. Xenophon dan ahli-ahlinya yang dibawa oleh Anwar pasti akan mengikut telunjuk pembangkang dalam mengemukakan laporan mereka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive