Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow bakal diumunkan sebagai pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi Pulau Pinang bagi menggantikan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon Ahad ini, demikian menurut beberapa sumber terdekat BN.
Mereka memberitahu perlantikan Teng, yang juga bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ditewaskan pada pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Padang Kota, akan diumunkan secara rasmi oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan seharinya ke Pulau Pinang.
"Kemungkinan besar pengumuman itu akan dibuat ketika Perdana Menteri berjumpa dengan 3,000 jentera BN negeri di Nibong Tebal yang dijadualkan pada 9.30 pagi," kata seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan memandangkan ia merupakan pengumuman yang akan dibuat oleh pengerusi BN.
Sumber itu memberitahu pemilihan Teng dibuat memandangkan BN ingin mengemukakan pemimpin muda yang agresif dan berkaliber untuk mengetuai jentera pilihan raya negeri bagi berdepan dengan pimpinan kerajaan negeri yang di bawah teraju ketua menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
"Ini perlu memandangkan Teng merupakan antara segelintir pemimpin pembangkang yang pernah berdepan dengan pemimpin Pakatan untuk berdebat. Dengan perlantikan Teng, ia akan dapat membantu menguatkan jentera BN, terutama dalam berdepan dengan sebilangan besar pengundi Cina,' tambahnya.
Sebelum ini, Teng juga disebut-sebut sebagai bakal memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, pada tahun 2008, tetapi prestasi teruk Gerakan pada pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.
Gerakan juga pernah mencadangkan Teng memegang jawatan itu selepas Dr Koh mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat sehingga hari ini.
Berusia 47-tahun, Teng yang dilahirkan di Batu Pahat, berasal dari keluarga pemimpin politik yang menduduki jawatan sama ada di pihak parti yang memerintah mahupun pembangkang.
Abangnya, Datuk Teng Chang Khim, pemimpin DAP dan adalah speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pimpinan PKR.
Bapanya juga merupakan pemimpin akar umbi MCA di Batu Pahat, tempat kelahiran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon adalah ahli parlimen Tebrau dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri perpaduan negara, budaya, seni dan warisan.
Teng dikenali selepas beliau berjaya menumbangkan Pengerusi DAP Karpal Singh di kerusi negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.
Penganalisis politik berpendapat perlantikan Teng sekiranya menjadi kenyataan, akan memberi dorongan baru kepada seluruh jentera negeri kerana beliau dikenali sebagai pejuang dan akan dapat mengekang kekuatan kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri itu.
"Ia merupakan satu rahsia terbuka bahawa ia sukar bagi BN untuk mengambil kembali Pulau Pinang pada masa ini tetapi dengan mempunyai Chang Yeow (pucuk pimpinan), sekurang-kurangnya akan meningkatkan peluang berjuang BN.
"Ini terutamanya dalam menyukarkan usaha DAP dalam mempertahankan negeri itu," katanya.
Chang Yeow tidak boleh menjadi seorang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau mengenai isu-isu tertentu telah pasti menarik perhatian sama ada dalam parti, mahupun yang diluar parti.AP
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu?
-
RCI Pulau Batu Puteh: Siapa Sebenarnya Yang Menipu? Tuduh menuduh, tuding
menuding jari antara Dr Mahathir dan 3 bekas menteri kabinet beliau semakin
h...
No comments:
Post a Comment