Showing posts with label BN tanjong. Show all posts
Showing posts with label BN tanjong. Show all posts

Friday, April 20

KHOO TSU KOON TAMATKAN KERJAYA POLITIKNYA?

Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow bakal diumunkan sebagai pengerusi Barisan Nasional yang baru bagi Pulau Pinang bagi menggantikan Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon Ahad ini, demikian menurut beberapa sumber terdekat BN.

Mereka memberitahu perlantikan Teng, yang juga bekas exco kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ditewaskan pada pilihan raya umum 2008 bagi kerusi DUN Padang Kota, akan diumunkan secara rasmi oleh perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan seharinya ke Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar pengumuman itu akan dibuat ketika Perdana Menteri berjumpa dengan 3,000 jentera BN negeri di Nibong Tebal yang dijadualkan pada 9.30 pagi," kata seorang pemimpin BN yang enggan dinamakan memandangkan ia merupakan pengumuman yang akan dibuat oleh pengerusi BN.

Sumber itu memberitahu pemilihan Teng dibuat memandangkan BN ingin mengemukakan pemimpin muda yang agresif dan berkaliber untuk mengetuai jentera pilihan raya negeri bagi berdepan dengan pimpinan kerajaan negeri yang di bawah teraju ketua menteri dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

"Ini perlu memandangkan Teng merupakan antara segelintir pemimpin pembangkang yang pernah berdepan dengan pemimpin Pakatan untuk berdebat. Dengan perlantikan Teng, ia akan dapat membantu menguatkan jentera BN, terutama dalam berdepan dengan sebilangan besar pengundi Cina,' tambahnya.

Sebelum ini, Teng juga disebut-sebut sebagai bakal memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum hari mengundi pada pilihan raya umum lalu, pada tahun 2008, tetapi prestasi teruk Gerakan pada pilihan raya itu, termasuk kekalahan beliau, menyebabkan ia tidak menjadi kenyataan.

Gerakan juga pernah mencadangkan Teng memegang jawatan itu selepas Dr Koh mengumumkan beliau tidak akan bertanding pada pilihanraya umum yang akan datang. Bagaimanapun, tiada pengumuman dibuat sehingga hari ini.

Berusia 47-tahun, Teng yang dilahirkan di Batu Pahat, berasal dari keluarga pemimpin politik yang menduduki jawatan sama ada di pihak parti yang memerintah mahupun pembangkang.

Abangnya, Datuk Teng Chang Khim, pemimpin DAP dan adalah speaker Dewan Undangan Negeri Selangor pimpinan PKR.

Bapanya juga merupakan pemimpin akar umbi MCA di Batu Pahat, tempat kelahiran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon adalah ahli parlimen Tebrau dan pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri perpaduan negara, budaya, seni dan warisan.

Teng dikenali selepas beliau berjaya menumbangkan Pengerusi DAP Karpal Singh di kerusi negeri Padang Kota pada pilihan raya umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.

Penganalisis politik berpendapat perlantikan Teng sekiranya menjadi kenyataan, akan memberi dorongan baru kepada seluruh jentera negeri kerana beliau dikenali sebagai pejuang dan akan dapat mengekang kekuatan kerajaan negeri pimpinan DAP di negeri itu.

"Ia merupakan satu rahsia terbuka bahawa ia sukar bagi BN untuk mengambil kembali Pulau Pinang pada masa ini tetapi dengan mempunyai Chang Yeow (pucuk pimpinan), sekurang-kurangnya akan meningkatkan peluang berjuang BN.

"Ini terutamanya dalam menyukarkan usaha DAP dalam mempertahankan negeri itu," katanya.

Chang Yeow tidak boleh menjadi seorang yang popular dalam Gerakan tetapi keberanian beliau mengenai isu-isu tertentu telah pasti menarik perhatian sama ada dalam parti, mahupun yang diluar parti.AP

Tuesday, April 17

JASA LAPORAN SYOK SENDIRI KE?


MKP tengok laporan yang telah dikeluarkan oleh pihak JASA nie macam syok sendiri pun ada jugak....Agensi nie kekadang buat keja syok sendiri aje.Entah betul atau tidak dalam laporan yang depa nie buat.......MKP senantiasa turun padang dalam setiap Program BN Tanjong dan mendekati pengundi dalam PARLIMEN TANJONG P49 nie tak pernah jumpa dengan Pegawai JASA pun yang bertanya dan yang pelik hingga ke hari ini MKP tak kenal pegawai JASA yang bertugas di Parlimen P49?So apa kejadah hampa keluarkan benda mengarut macam nie.........

Bila baca laporan di SINAR HARIAN

Nanti pasti ada yang melenting kepada MKP pasal keluarkan artikel nie.Tak pedulilah apa hampa nak kata kebenaran kena diberitahu supaya jangan dok tido banyak,Laporan hantaq kat Pengarah JASA Pulau Pinang pastinya mengatakan depa nie dah buat yang terbaik.Bukan MKP nak marah akan tetapi kita kena buat lebih baik demi memenangkan BN Tanjong pada PRU 13.Kalau teguran ini diterima dengan baik pasti elok jika teguran ini dengan emosi pasti akan keluar lagi artikel seterusnya.......

Thursday, February 9

Pengundi Cina Telah Kembali Kepada BN.Ong Tee Keat??????

Inilah impak dari BR1M terhadap pengundi saluran 1 dikawasan kaum cina yg ada sekitar Pulau Pinang.Sehinggakan ada Adun DAP pening kepala dibuatnya untuk mengambil hati dari komuniti ini.Maklumat yang MKP terima oleh suara akar umbi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PM.Ada pulak tomahan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang nampaknya terdesak menyatakan harga barang akan naik apabila selesai PRU 13, Nampak sangat mereka terdesak dan mencari helah murahan untuk menyaingi BR1M.




Kurang menarik apabila ada warga emas menyatakan kenapa baru sekarang diberi oleh kerajaan pusat sedangkan selama ini tidak?walau bagaimana pun beliau tetap berterima kasih kepada PM dengan BR1M ini.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bantuan ikhlas kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat.Oleh itu ia bukanlah bukan 'umpan memancing' untuk mendapatkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Belanjawan 2012 yang dibentangkan September lalu bagi membantu isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan itu adalah komitmen kerajaan dalam melaksanakan janji.Jelas bantuan yang diberikan ini membuktikan kerajaan bukan sekadar menabur kata saja, tetapi sejak dulu lagi rakyat boleh melihat pelaksanaan yang dilakukan. Bantuan ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak, tidak kira kecenderungan politik menyokong parti pemerintah atau pembangkang.


tomahan pembangkang dapat dinafikan kemungkinan negara menjadi muflis menjelang 2019 kerana selain BR1M membuktikan kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh sehingga mampu membantu rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.


akan tetapi Datuk Seri Ong Tee Keat  menyatakan sebaliknya dalam luhan rasa hatinya????


Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menceritakan cabaran beliau menyuarakan pendapat selepas tidak lagi bergelar presiden dan menjelaskan tuntutan sebenar masyarakat Cina di negara ini sebagai warganegara Malaysia terutamanya golongan muda mereka.











Sunday, April 24

Transformasi BN Tanjong.Bersediakah Parti Komponen?

Adakah BN tanjong bersedia berubah untuk mencapai matlamat yang diutarakan oleh pucuk pimpinan?bersediakah akar-umbi menerima transformasi yang bakal dilakukan tanpa komitmen yang bertekad untuk kearah tujuan itu.bengkel gerak gempur pilihanraya BN parlimen Tanjong.Tujuannya ialah mengwujudkan hubungan yang lebih erat dan kefahaman terhadap konsep 1malaysia. Pengagihan tugas dan tanggungjawab yang lebih yang lebih teratur di kalangan ahli pemuda,puteri dan beliawanis dari semua parti komponen wajib dikenal pasti agar matlamat kemenangan mutlak di capai dan dilihat pergerakan semua pihak adalah satu pasukan dibawah panji BN dan bukanya dari parti komponen secara individu.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive