Thursday, February 9

Pengundi Cina Telah Kembali Kepada BN.Ong Tee Keat??????

Inilah impak dari BR1M terhadap pengundi saluran 1 dikawasan kaum cina yg ada sekitar Pulau Pinang.Sehinggakan ada Adun DAP pening kepala dibuatnya untuk mengambil hati dari komuniti ini.Maklumat yang MKP terima oleh suara akar umbi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada PM.Ada pulak tomahan yang dibawa oleh pihak pembangkang yang nampaknya terdesak menyatakan harga barang akan naik apabila selesai PRU 13, Nampak sangat mereka terdesak dan mencari helah murahan untuk menyaingi BR1M.




Kurang menarik apabila ada warga emas menyatakan kenapa baru sekarang diberi oleh kerajaan pusat sedangkan selama ini tidak?walau bagaimana pun beliau tetap berterima kasih kepada PM dengan BR1M ini.Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah bantuan ikhlas kerajaan dalam membantu mengurangkan beban hidup rakyat.Oleh itu ia bukanlah bukan 'umpan memancing' untuk mendapatkan undi dalam Pilihan Raya Umum ke-13 seperti yang didakwa sesetengah pihak.


Belanjawan 2012 yang dibentangkan September lalu bagi membantu isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan itu adalah komitmen kerajaan dalam melaksanakan janji.Jelas bantuan yang diberikan ini membuktikan kerajaan bukan sekadar menabur kata saja, tetapi sejak dulu lagi rakyat boleh melihat pelaksanaan yang dilakukan. Bantuan ini untuk seluruh rakyat Malaysia yang layak, tidak kira kecenderungan politik menyokong parti pemerintah atau pembangkang.


tomahan pembangkang dapat dinafikan kemungkinan negara menjadi muflis menjelang 2019 kerana selain BR1M membuktikan kedudukan kewangan kerajaan yang kukuh sehingga mampu membantu rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan.


akan tetapi Datuk Seri Ong Tee Keat  menyatakan sebaliknya dalam luhan rasa hatinya????


Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat menceritakan cabaran beliau menyuarakan pendapat selepas tidak lagi bergelar presiden dan menjelaskan tuntutan sebenar masyarakat Cina di negara ini sebagai warganegara Malaysia terutamanya golongan muda mereka.











No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive