Monday, February 20

Permohonan Guan Eng Pindah Kes Saman RM30 juta Dibantah



Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan memfailkan permohonan rasmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kes saman malu RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada permohonan yang bakal dikemukakan oleh Guan Eng itu.

Saman itu berhubung kenyataan Guan Eng mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 20 Mac ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 2 hingga 6 April untuk perbicaraan kes saman tersebut.

Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Guan Eng telah menerbitkan kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Keadilan Daily pada 3 Julai dan di dalam akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive