Friday, February 24

GodFather PAS Adalah Anwar Ibrahim?



Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor mencabar Perdana Menteri dan Menteri Luar agar menyertai demo anjuran Pas terhadap isu penghinaan dan pembakaran Al-Quran dengan harapan dapat menutup dan menguburkan terus tekanan hebat yang dihadapi Pas kerana "tunduk mengalah" kepada "Big Brother" Anwar berkaitan isu Israel!!!

Sekiranya benar Riduan Mohd Nor ingin memperjuangkan Islam dengan ikhlas seperti pengucapan lantang yang boleh Izz's sifatkan sebagai kenyataan "Bodoh Sombong" kerana ia secara automatiknya akan mengenai diri sendiri.

Ungkapan keramat dari Riduan Mohd Noor yang akan Izz's patahkan berbunyi;

"Adakah kerana pemimpin negara ini takut dengan kelibat Big Brother Amerika Syarikat atau sememangnya pemimpin negara ini tidak peka terhadap perkembangan umat Islam di seluruh dunia?"

"Mungkin juga pemimpin negara hanya ‘memperjuangkan Islam' di negara ini sehingga tidak peduli pada nasib umat Islam di luar negara,"

"Sememangnya tindakan tentera Amerika ini memberi isyarat untuk memusuhi umat Islam seluruh dunia. Umat Islam wajib bersatu di atas nama mempertahankan kesucian Islam dari dihina dan dipersenda,"

"Isu ini membuktikan siapa sebenarnya yang mempertahankan Islam dan umatnya dan siapa pula yang hanya beretorik dalam isu yang melibatkan umat Islam,"

Bagi Izz's, Riduan Mohd Noor masih terlalu cetek ilmunya bagi menyandang jawatan selaku Ketua Penerangan Pemuda PAS!!!

Riduan bagaikan memasang perangkap yang bakal memakan diri sendiri!!!

Setelah menggeledah setiap ceruk rantau bagi memartabatkan Islam di Selangor, Hasan Ali dipecat!!! Inikah perjuangan memartabatkan Islam yang dibanggakan PAS?

Adakah benar Pas memperjuangkan Islam? Malahan jika diselak semula diari, kepimpinan tertinggi yang menyertai Himpunan Sejuta Umat bagi membanteras tindakan memurtadkan umat Islam di bumi Malaysia ini sebenarnya boleh dikira dengan jari hantu sahaja.

Sekiranya masa dijadikan alasan untuk menghadirkan diri, terbukti PAS tidak membuka mata kerana program seperti itu bukannya diadakan sekali setahun, tetapi dianjurkan secara roadshow!!!

Sudahlah tidak menghadirkan diri, cubaan mensabotaj setiap program Hasan Ali untuk menyedarkan umat Islam yang masih terlena juga membuktikan PAS bukanlah sebuah parti yang memperjuangkan Agama Islam.

Kejujuran dan keikhlasan untuk memperjuangkan Islam sebenarnya tidak wujud dalam PAS!!!

Malah, kesediaan bekerjasama dengan proksi utama Israel, Anwar Ibrahim telah membawa PAS tersasar jauh dari landasan yang Riduan Mohd Noor boleh banggakan!!!

MKP cilok dari lamanizzs.blogspot.com

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive