Sunday, February 19

ADAM ADLI BUAT HAL SURUH OSTAD ZIZAN LENA?


Adam Adli buat hal lagi hari ini buat pulak demo kat Wisma Darul Aman Perhimpunan itu berlangsung kira-kira 40 minit. Turut serta, aktivitis pelajar Adam Adli dan kira-kira 40 anggota Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

Mereka membawa risalah yang antara lain tertulis mendesak rektor letak jawatan, Kedah bebas Auku serta menyembur cat pada kain rentang termasuk memangkah gambar rektor Kuin dengan cat merah serta meletakkan kalungan bunga.

Randy juga kesal kerana rektor menghalang aktiviti penuntut bersuara dan mengenakan peruntukan undang-undang tertentu dengan mengambil tindakan terhadap enam pelajar kerana memberi ucapan menggunakan pembesar suara di hadapan orang ramai.

“Kita minta Datuk Seri Azizan mengambil tindakan tegas dalam soal ini,”  katanya.

Sementara itu, wakil pelajar digantung pengajian, Muhamad Aiman Che Ab Razab berkata, mereka menuntut supaya segala akta yang mempunyai persamaan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dihapuskan.

“Kita desak Menteri Besar mengeluarkan kenyataan untuk menolak Auku dan sebagai bukti beliau perlu menolak rektor dan membebaskan Kedah dari Auku.

“Sebelum ini beberapa memorandum turut dihantar kepada Pas Pusat dan PKR, mereka semua sudah sedia maklum. Namun kita belum mendapat sebarang penjelasan daripada Datuk Seri Azizan mengenai perkara ini,”  katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Razab berkata, mereka akan memperjuangkan supaya akta bersamaan dengan Auku dihapuskan kerana menzalimi golongan pelajar.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, beliau akan memaklumkan hasrat kumpulan pelajar berkenaan kepada Azizan.




Profesor Datuk Dr Jamil Osman didesak meletak jawatan kerana didakwa gagal menangani pelbagai isu melibatkan kebajikan penuntut pusat pengajian tinggi itu.

Tahun lalu, Kuin mengambil tindakan disiplin ke atas enam penuntutnya dan ia menjadi salah isu kontroversi di kalangan aktivis mahasiswa.



MKP kata : Adam Adli nie suka buat demo , Pemuda PAS Kedah pun sama dok lena , Hampa tak ada Panglima Perang nak mengamuk ka? 

2 comments:

pukimaq said...

Sememangnya undang-undang keras yang menolak homoseksualiti patut ditolak kerana ini hak asasi puak kami.

Cinta_damai said...

astaghfirullah,

betullah... memang tak habis belajar depa ni... tapi kalau bab bercakap kalah lagi guruh dilangit!

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive