Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik berkata beliau tetap yakin pelaku dalam video seks yang didedahkannya tahun lalu adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dan tidak menolak kemungkinan sebuah lagi video akan muncul.
"Tak tahulah, nanti polis tangkap saya, kata saya konspirasi. Tapi dengar-dengar ada. Tak tahu lagi,” kata beliau ketika ditanya pemberita desas-desus satu lagi video akan didedahkan.
Bekas Ketua Menteri Melaka itu membandingkan Anwar dengan Perdana Menteri Kemboja Pol Pot yang dikaitkan dengan sejarah hitam negara itu pada tahun 70an.
"Saya tengok Datuk Seri Anwar ini…, saya melihat sejarah Cambodia yang tragik,” kata Rahim mengimbas nasib Kemboja di bawah pemimpin Pol Pot yang dikaitkan dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat negara itu pada tahun 70an. .
“Walaupun Pol Pot mendapat pendidikan tinggi di Perancis, tetapi dia ada satu penyakit otak. Paronia. Dia tak boleh lihat orang lebih dari dia. Dia anggap, dia saja layak jadi Perdana Menteri Kemboja" tambah beliau.
"Saya harap di Malaysia tidak ada Pol Pot, moden seperti ini. Jangan ada orang yang gila jawatan seperti Pol Pot di Kemboja. sebab yang jadi mangsa rakyat di negaranya,” jelasnya.
“Hampir dua juta orang terbunuh kerana kegilaannya untuk memegang satu jawatan yang dia fikir tak ada orang yang layak kecuali dia. Kita harap kita tak ada Pol Pot moden dalam Malaysia," kata Rahim.
Merujuk kepada video yang didedahkan oleh beliau dan gandingan Datuk T, Mac lalu, Rahim berkata reaksi Anwar kepada rakaman itu jelas menimbulkan persoalan terhadap kepimpinannya.
"Pendedahan lalu itu nampaknya dapat memberikan satu gambaran bahawa tindakan kami benar. Ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berani untuk menafikan apa yang telah dikeluarkan atau yang telah tersebar. Dia buat penafian secara umum saja" kata beliau.
"Dalam satu negara seperti Malaysia yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, sekiranya sesiapa yang membuat fitnah dan pembohongan mereka boleh diambil tindakan undang-undang yang sesuai dengan perbuatan memfitnah orang lain itu,” kata Rahim.
“Jika Datuk Seri Anwar fikir itu adalah satu fitnah, adalah haknya di bawah perlembagaan negara untuk dia mengambil tindakan demikian, (tetapi) Datuk Seri Anwar tidak dapat bertindak demikian,” kata beliau.
“Ini mempamerkan apa yang telahpun ditunjukkan didalam video itu adalah satu kebenaran yang tidak boleh dinafikan" jelasnya.
Rahim menyifatkan Anwar sebagai seorang yang “melihat yang dia saja yang layak jadi Perdana Menteri.
“Dalam kenyataan dia (Anwar) 'walaupun saya masuk, keluar penjara, saya yang layak jadi Perdana Menteri di Putrajaya.' Orang seperti ini sepatutnya boleh didepan rakyat menunjukkan kewibawaannya, membuktikan bahwa dia sebenarnya bukan pelakon porno dalam video seks itu. Tapi dia tak berbuat demikian,” kata Rahim.
“ Dia cuma pergi berceramah ke hulu dan kawasan pedalaman. Ini bukan perbuatan seorang yang mempunyai hasrat untuk menjadi Perdana Menteri di mana kewibawaannya, kredibilitinya. integritinya boleh diuji," tambah Rahim.AP
MKP AYAT SEMPOI : ADA NEWS BARU TENTANG RAKAN SEPERJUANGAN NIE, BELAJAQ DARI PROF. GILA SEKS PATUT DIA PUN DAH JADI GILA DOK PEKENA RAKAN2 HIDUP-HIDUP.TAPI INGAT BANGKAI GAJAH TAK BOLEH TUTUP DENGAN KAIN YANG KECIL.LAMA LAMA KANTOI JUGAK.MKP DAH TAU SEMUANYA TUNGGU MASA NAK MELETUS SAJA NIE TAPI KENA SABAQ KERANA NASIHAT DARI AYAHANDA SUPAYA KITA BALUN DEPA NIE LEPAS PRU13.LEPAS NIE KITA TENGOK SAPA YANG KENA,SABAQ ADA LIMIT TAPI KALAU DAH MELAMPAU HILANGKAN AJE KAKI ATAU TELINGA DIA.
No comments:
Post a Comment