Saturday, February 25

Ostad Zizan Tak Lantik Phahrolrazi dan Dr Ismail Salleh Sebagai EXCO KEDAH.



Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah menyediakan senarai nama barisan Exco bagi tahun 2012  dan dijangka akan mengenepikan nama dua ahli exco yang dikatakan cuba menyingkirkannya.

Dengan mandat yang diterima dari kepimpinan parti  bertujuan mengelak berlaku sebarang krisis politik, beliau telah menyediakan senarai baru tanpa Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh.

Seorang pemimpin tertinggi Pas dilaporkan media mengakui bahawa perbalahan antara kedua pihak dilihat sebagai tidak 'reda' walaupun kedua pihak terbabit telah mengadalan pertemuan berasingan dengan kepimpinan parti.

"Situasinya adalah serius dan tiada siapa yang mahu melihat perbalahan ini mengganggu parti memandangkan piihanraya semakin dekat," ujarnya memberi penjelasan mengapa menteri besar terbabit diberi mandat menyediakan senarai baru.  

Datuk Phahrolrazi  bertindak mengosongkan pejabat beliau di Wisma Darulaman menjelang majlis angkat sumpah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selasa ini.Difahamkan pengosongan itu dibuat beberapa hari lalu.

Perkembangan itu dilihat seolah-olah mengiakan pergolakan yang berlaku antara Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyatakan hasrat untuk enggan dilantik semula sebagai exco yang akan tamat pada 12 Mac depan.

Dua lagi exco yang dipercayai bakal mengambil pendirian yang sama ialah Datuk Taulan Mat Rasul dan Dr Hamdan Mohamed Khalib.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive