Pagi tadi, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ADUN Komtar, Ng Wei Aik, meraikan Hari Valentine dengan mengedarkan 1,000 kuntum bunga "carnation" kepada pengunjung-pengunjung di Chowrastar, di Penang. CTS tidak kisah sekiranya beliau ingin menyambut perayaan berkenaan dengan bukan Islam. Tetapi kenapakah LGE dan Kerajaan DAP Penang tidak sensitif dengan pengharaman kepada Umat Islam untuk menyambut hari berkenaan?
Bukankah tindakan beliau mengajak Umat Islam untuk meraikan Hari Valentine adalah satu tindakan menghina Islam dan penganutnya? Bukankah DAP juga yang sebelum ini menyalak dengan menuduh PERKASA tidak sensitif dengan kaum Cina apabila PERKASA menyumbangkan ang pow bersampul putih ketika Tahun Baru Cina yang lepas? Kalau kaum Melayu tidak sensitif dengan adat masyarakat Cina, DAP boleh menyalak. Kenapa Umat Islam harus berdiam diri ketika LGE menghina mereka dan hukum hakam Agama mereka? Apakah LGE yang tinggal berpuluh tahun di Malaysia tidak mengetahui sambutan Hari Valentine adalah haram disambut oleh Umat Islam? BACA SETERUSNYA CTS
No comments:
Post a Comment