Wednesday, February 15

SERANG BUAT LAPORAN KEPADA SPRM TERHADAP AZMIN ALI.



Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan dua pendedahan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin termasuk skandal pasir di Selangor. 
Pengerusi SERANG, Budiman Mohd Zohdi berkata badan bukan kerajaan itu mahu SPRM membuat siasatan terhadap pendedahan itu dalam portal Malaysia Today, http://malaysia-today.net Khamis lepas berhubung pembabitan dua wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam skandal pasir tersebut.
"Kami mendesak pihak SPRM menyiasat dakwaan ini sekiranya wujud salahguna kuasa, konflik kepentingan kerana menyokong syarikat yang mereka sendiri merupakan Anggota Lembaga Pengarah syarikat. 
"Sekiranya dakwaan Raja Petra merupakan satu fitnah maka kita mencabar mereka (dua wakil rakyat PKR itu) membuat laporan polis terhadap dakwaan Raja Petra. Namun, sehingga hari ini, tiada laporan polis dibuat lagi,".
Sebelum itu, Budiman bersama kira-kira 20 penyokong SERANG berkumpul di perkarangan SPRM memegang poster bantahan berhubung skandal pasir di Selangor. 
Selain skandal pasir, Budiman berkata SERANG turut membuat laporan kepada SPRM berhubung pendedahan Raja Petra pada 6 Jan lepas bahawa abang ipar kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berjumpa dengan pihak pemaju dengan tujuan mendapatkan wang untuk mempercepatkan kelulusan projek-projek kerajaan negeri Selangor. 
"Kami percaya tindakan ini berunsurkan rasuah dan meminta SPRM menyiasat dakwaan ini.
"Kami, wakil Orang Muda Selangor berasa sangat kecewa dan dukacita dengan perkembangan kerajaan negeri Selangor yang bertentangan dengan manifesto pilihan raya umum ke-12 bahawa pentadbiran mereka telus, berwibawa dan bebas daripada kronisme...Mereka lebih buruk daripada kerajaan terdahulu," katanya.
SERANG yang ditubuhkan pada hujung 2008, mewakili suara orang muda di Selangor, khususnya mereka berumur 40 tahun ke bawah, bertujuan membuat teguran kepada kerajaan khususnya berhubung penyelewengan

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive