Friday, February 17

PAS Penang Dah Jadi "Dalca" Dengan Anwar.

Syabas MKP ucapkan kepada orang PAS Penang yang kini telah sedaq diri dengan Anwar yang suka menipu dan pembohong.Bijak dalam tindakan dan memertabadkan Islam adalah perjuangan PAS yang sebenar.Bukanya menyokong Anwar yang telah tersesat akidah dengan Yahudi Laknat.

Ini kerana kesemua yang hadir itu telah berani menunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawasanya bukan semua pengikut PAS akan mengikut apa yang beliau lakukan dan katakan.

Peserta-peserta itu juga telah menyatakan bahwa mereka tidak lagi akan mengundi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Mereka juga berpendapat bahawa aqidah Anwar sudah jauh terpesong dengan cara menyokong Israel walau dalam apa jua cara tidak kira melalui parti atau secara peribadi.

Mereka juga menuntut supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat kerana mereka tidak sanggup untuk terus bersama-sama orang yang tiada aqidah.

GEORGETOWN - Kepimpinan tertinggi Pas digesa mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR) berikutan keengganan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang disiarkan dalam akhbar Wall Street Journal (WSJ).

Desakan itu dibuat oleh sekumpulan yang menggelar diri mereka sebagai ahli Pas peringkat bawahan, yang berkumpul di Masjid Shiekh Yussof di Jalan Datuk Keramat selepas Solat Jumaat, hari ini.

Ia diketuai bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan ketua pembangkang di dalam WSJ itu bukan sahaja biadab dan menyakitkan hati umat Islam di seluruh dunia malah ia jelas bertentangan dengan perjuangan Pas dalam menegakkan Islam.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Bagan Ajam berkata, kebiadapan Anwar harus dipandang serius oleh kepimpinan parti kerana ia jelas bertentangan dengan akidah Islam dan tidak boleh bertoleransi lagi.

"Cuba bayangkan sekiranya Anwar diangkat menjadi Perdana Menteri... sudah pasti dia akan mengiktiraf Israel dengan menjalinkan hubungan diplomasi dengan mereka. Boleh jadi satu hari nanti Kedutaan Israel akan dibuka di Kuala Lumpur.

"Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu mengkaji semula kedudukan kita (Pas) dalam PR. Jangan pedulikan rakan sekutu lain kerana ini adalah soal perjuangan Islam yang kita perjuangkan selama ini," katanya ketika berucap pada perhimpunan berkenaan.

Mohamed Hafiz berkata, pimpinan Pas tidak lagi perlu bertolak ansur dengan penasihat PKR ini kerana kenyataannya itu sudah menzahirkan sikapnya yang sebenarnya.

Menurutnya, udah tiba masanya Pas menarik diri dari PR dan memutuskan hubungan dengan Anwar serta PKR. Kenyataan yang dikeluarkanya itu amat biadab serta menoda kesucian umat Islam.

2 comments:

Anonymous said...

UMNO bukan Ugama Islam, UMNO adalah alat orang melayu utk menjaga Ugama dan Bangsanya. Selagi alat ini blh guna kita guna, dah rosak tinggalkan. Sama lah dgn PAS, PAS bkn Ugama Islam, ia hanya alat utk pemimpin2 yg kecewa mendapat kuasa, pangkat dan harta. Tinggalkan shj lah alat yg membawa kpd kesesatan. Tidak pula wajib sokong UMNO, asal tidak sesat dan menyesatkan buatlah apa shj selain PAS,PKR dan DAP laknatullah.

NanyangZ said...

xde saper pun kata UMNO tu Islam..hanya PAS berlagak konon dia Islam......!kita undi pasal yakin dan percaya hanya UMNO yg layak memerintah..bukan PAS atau sesiapa sajer....adakah dgn mengundi UMNO membawa kesesatan??...agak2 la..weeiii

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive