Saturday, February 25

VIDEO PEMUDA UMNO REMBAT AMK DI MARKAS PKR.


Setiausaha Pemuda Barisan Nasional, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid, BN sama sekali tidak akan tunduk dan bersengkongkol dengan pemimpin yang menindas rakyat Palestin.

"Menghantar memorandum bantahan dan kutukan sokongan Anwar Ibrahim terhadap Israel. Sebab itu kita berkumpul secara baik,"katanya.

"Tengoklah secara jelas, sandiwara, mainan politik yang telah ditunjukkan Anwar yang memperkudakan Pas yang mempunyai ideologi menegakkan Islam. Dan kawan baik Pas (Anwar) terang-terang menyokong Israel untuk menjahanamkan dan membunuh Palestin sebuah negara Islam," tambah beliau lagi. 

Anwar pada pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Selasa lalu menjelaskan pemimpin Pas itu "faham"  pendirian beliau mengiktiraf Israel dengan syarat rejim Zionis itu menghentikan kekejaman di bumi Palestin dan menghormati hak rakyat negara itu.

Walau bagaimanapun, Nik Aziz menerusi satu kenyataan selepas itu menegaskan adalah haram bagi mana-mana pihak bersekongkol dengan Israel dalam apa jua bentuk hubungan.

Nik Aziz sebelum itu menggesa Anwar menarik balik kenyataannya atau menyaman Wall Street Journal (WSJ) sekiranya akhbar itu tersalah lapor kenyataannya menyokong keselamatan Israel
  
"Dia boleh pusing balik, sebab itu Nik Aziz kata kalau tak betul samanlah WSJ tapi dia tak buat. Dia akan bermain dengan kata-kata," kata Megat Firdouz lagi. 

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Rozan Azen Mat Rasip ketika ditemui selepas Pemuda BN beredar dari perkarangan pejabat PKR menyifatkan penyerahan memorandum ini adalah tidak rasmi dan semata-mata ingin melakukan kekecohan.

"Kita persoalkan mengapa mereka hadir ketika pimpinan parti PKR tidak ada di pejabat dan berada di Kuantan. Kejadian seperti ini pernah berlaku ketika Pemuda UMNO buat kecoh pada waktu malam Jun tahun lalu. Perlu dimaklumkan secara rasmi kepada ibu pejabat PKR dan Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution,"katanya. 

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive