Di bawah adalah sambungan artikel KLIK SINI yang melondehkan kaitan Anwar Ibrahim dengan IMF dan trio-Yahudi bangsat, Wolfowitz, George Soros dan Al-Gore :-
Anwar menjadi terkenal di serata dunia selepas serangan spekulatif terhadap ekonomi Asia pada 1997-1998 oleh George Soros dan ‘rakan serigala’ yang ditaja olehnya.
Polis Perancis menahan bekas ketua Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn (gambar kecil) untuk disoal siasat semalam.
Strauss-Kahn disoal siasat berhubung dakwaan bahawa beliau mengambil bahagian dalam parti seks di Paris dan Washington, Amerika Syarikat dan berurusan dengan satu sindiket pelacuran di bandar ini.
Parti seks itu dibiayai oleh satu pasangan ahli perniagaan.Strauss-Kahn berusia 62 tahun yang sebelum ini dilihat bakal menjadi Presiden Perancis bagi menggantikan Nicolas Sarkozy dipanggil menjadi saksi tetapi kini pihak pendakwa raya menyatakan dia kini menjadi seorang suspek.
Dia tiba di sebuah balai polis di bandar ini pada pukul 9 pagi waktu tempatan untuk disoal siasat mengenai peranannya dalam skandal seks terbaharunya itu.Selepas Strauss-Kahn tiba, pihak pendakwa raya menyatakan dia akan ditahan tentang dakwaan mengambil bahagian dalam pelacuran dan menyalahgunakan dana syarikat.
Penahanannya mungkin berlanjutan selama 96 jam.Mengikut undang-undang Perancis, terlibat dalam aktiviti pelacuran akan dikenakan hukuman penjara tujuh tahun.
Pada 14 Mei tahun lalu, Strauss-Kahn ditangkap semasa dia memegang jawatan sebagai ketua IMF atas dakwaan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita yang membuat aduan mengenai perbuatannya itu di sebuah hotel di New York.
Dia kemudian meletakkan jawatan ketua IMF.Namun, dia dibebaskan atas dakwaan tersebut kerana kredibiliti wanita tersebut tidak boleh dipercayai.Agensi
No comments:
Post a Comment