Tuesday, February 21

Pak Sheik ! Janji Pematang Pasir Belum Tunai?




KATA orang lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Inilah yang diharapkan kepada kerajaan Pulau Pinang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan janji pilihanraya kecil Permatang Pasir 2009 yang lalu dapat dilaksanakan.

MKP menimbulkan persoalan ini kerana sudah sampai ke telinga bahawa kerajaan Pulau Pinang telah mencadangkan nama Exco Agama negeri tersebut YB Abdul Malik Kasim sebagai calon tunggal untuk jawatan Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) kepada DYMM Yang Dipertuan Agung (YDPA) sebagai Ketua Agama Islam negeri.

Sedangkan jika semua masih ingat, sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut berlangsung, Anwar telah berjanji untuk melantik calon PAS ketika itu Ustaz Salleh Man sebagai Pengerusi MAIPP jika beliau berjaya memenangi pilihanraya itu.

Ustaz Salleh akhirnya memenangi kempen pilihanraya kecil tersebut mengalahkan calon BN, Ruhaizat Othman.

Tapi entah dimana silapnya, pada tahun 2010, nama Ustaz Salleh tidak tersenarai sebagai antara calon untuk jawatan tersebut sehingga menyaksikan bekas pensyarah USM, Ustaz Haji Elias Zakaria dipilih menduduki jawatan tersebut bagi tempoh 2 tahun yang berakhir baru-baru ini.

Justeru MKP tidak faham kenapa peluang ini tidak diambil untuk menunaikan janji pilihanraya yang sudah lama tertunggak.

UMNO mesti menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang intergriti kerajaan Pulau Pinang dan Pakatan Rakyat kerana gagal menjayakan janji pilihanraya tersebut.

PAS tidak kisah jika Ustaz Salleh tidak dilantik ke jawatan tersebut, tapi ini bukan soal yang melibatkan PAS sahaja sebaliknya soal janji pilihanraya dimana Anwar terbabit secara langsung dengannya.

Keputusan akhir terletak di tangan YDPA, tapi semua pihak sedia maklum yang keputusan baginda adalah berdasarkan kepada cadangan oleh pimpinan kerajaan Negeri.

YDPA sedang dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan pemilihan Pengerusi MAIPP ini, maksudnya masih belum terlambat untuk kerajaan Pulau Pinang mengemukakan nama Ustaz Salleh bagi mengisi jawatan tersebut.

Tidak setakat Pulau Pinang, seluruh rakyat Malaysia juga sedang memerhati perkembangan ini dengan penuh minat.


- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive