Saturday, February 18

Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?


Perbahasan di antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan berakhir sebentar tadi dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak menjawab persoalan mengenai  pelaksanaan hukum Hudud oleh Pas.
Debat sejam itu juga melihat kedua-dua tokoh lebih banyak mengeluarkan hujah-hujah berbentuk kempen bagi meraih undi  dan bukan mengupas isu-isu yang berpaksi kepada tajuk perbahasan iaitu Mungkinkah Sistem Dua Parti Menjadi Sistem Dua Bangsa?
Guan Eng  ditanya tiga kali oleh hadirin mengenai pendirian partinya bersabit hukum Hudud yang didokong oleh Pas dan mahu dilaksanakannya di Kelantan sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
Guan Eng  hanya berkata Pas tidak pernah “membunuh”  walau seorang kaum Cina dan kerap menegaskan bahawa gagasan pembangkang yang disertai PAS, DAP dan PKR membela hak semua rakyat.
 
“Pakatan Rakyat bekerjasama atas dasar yang sama. Pas ada ideologi mereka, Dap ada ideoloji mereka sendiri tapi jangan lupa Pas tidak pernah membunuh seorang pun orang Cina. Inilah hakikatnya,”  kata Guan Eng.    
 
Kedua-dua tokoh itu menuduh parti masing-masing menjadi ayam tambatan  - DAP kepada Pas, manakala MCA kepada Umno sehingga membelakangkan kepentingan kaum Cina.
 
Guan Eng menyelar MCA kerana mendakwa parti itu tidak berani menentang apa yang didakwa beliau sebagai politik rasuah sekian lama dan sanggup diperkudakan oleh parti kaum Melayu itu.  
 
Beliau merujuk kepada isu Perbadanan Fedlot Kebangsaan (NFC) sebagai contoh rasuah Umno selain mendakwa Umno begitu bingkas mengambil tindakan terhadap pemimpin Cina yang terbabit dalam skandal PKFZ.
 
Soi Lek berkata Guan Eng membuat kenyataan berbaur perkauman dan cuba menutup kelemahan dan amalan rasuah yang wujud di negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang.
 
“Walaupun (Pakatan Rakyat) hanya berumur empat tahun, sudah ada kes-kes macam ini. Yang penting ialah kita sama-sama mengambil pendirian anti rasuah tidak kira siapa yang terlibat,”  kata Soi Lek.  
 
Guan Eng menggunakan perbahasan itu untuk menyerlahkan rekod Pakatan Rakyat di Pulau Pinang namun Soi Lek menuduh pemimpin DAP itu sebagai banyak menabur janji yang tidak ditunaikan.
 
“Memang sedap dengar penghapusan tol dan sebagainya, tapi saya nak tanya kenapa  di Pulau Pinang ia tidak dilaksanakan, kenapa tidak ada tanah diberi untuk membina sekolah Cina…” tanya beliau.
 
Chua juga berkata DAP dan Pakatan Rakyat gagal menawarkan sebuah pelan untuk membina masa depan yang lebih baik untuk masyarakat Cina.
 
Beliau meminta hadirin untuk membandingkan rekod parti pembangkang itu dengan MCA yang mendirikan sebuah university (universiti Tunku Abdul Rahman) dan menawarkan pelbagai kemudahan pendidikan demi masa depan generasi muda kaum Cina.
 
Ini perbahasan pertama antara di dua pemimpin tertinggi Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke 13.
 
Perbahasan itu dilihat memberi  peluang menilai keupayaan MCA dan DAP  untuk membela masyarakat Cina yang merangkumi hampir  30 peratus daripada penduduk Malaysia yang berjumlah 27 juta.AP   

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive