Aktivis MCA, Jessie Ooi ini bukanlah satu nama besar dalam pertubuhan politik Cina itu.
Tetapi namanya mula menjadi sebutan bila dia tiba-tiba naik angin sewaktu diberi peluang bertanyakan soalan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika berlangsungnya debat antara pemimpin DAP itu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek
“Saya separuh orang Pulau Pinang. Anda sentiasa bercakap tentang mengurangkan beban rakyat. Tetapi cukai taksiran naik. Semua harga naik.
“Lagi pula, pada 10.30 malam, saya nampak dua kali dengan mata kepala saya sendiri, jam 10.30 malam di jalan yang tiada kereta, kamu masih minta pegawai penguatkuasa tarik kereta.
“Ini menyebabkan pergaduhan. Bagaimana anda hendak jelaskan isu keselamatan ini? Adakah ini maksudnya mengurangkan beban rakyat,” katanya dalam nada marah.
Namun tindakan Jessie ini sebenarnya mengundang pelbagai komen berbaur sinikal terutama apabila aksinya itu dimuat naik dalam laman Youtube.
Bahkan aksinya itu menjadi bahan gurauan dan dipersendakan pula dalam internet.
Akhbar berbahasa Cina sendiri, Kwang Wah Jit Poh, menggambarkan ‘muka dan telinga Ooi merah padam dan suaranya pecah’ ketika menyoal Guan Eng
Video daripada debat yang disiarkan langsung di kaca TV itu kini dikongsi meluas di pelbagai laman sosial.
Disebabkan ‘meroyannya’ itu jugalah, dia kini digelar ‘Miss Tow Truck’…alahai kesiannyaaaa…..- Oleh SYAHRIL A. KADIR
sumber mynewshub.my
1 comment:
standard pembangkang memang camtu, kalau dah kena batang hisupng sendiri mulalah nak buat damage control, dalam hal ni jessi ooi tu jadi 'control switch' nya demi menyelamatkan batang hidup si biawak ultra kiasu tu, dorang saja jer persendakan jessi supaya benda yang jessie cuba sampaikan kepada rakyat tak sampai!
memang DAP WAJIB DITOLAK BERSAMA-SAMA PAS DAN PKR!
Post a Comment