Korang-korang pernah datang ke UiTM Manjung tak? Bukan UiTM Seri Iskandar, tapi UiTM Seri Manjung yang Uitm versi rumah-rumah kedai tu??? Kalau tak pernah, tengok gambar-gambar ni. Pelakon Azhar Sulaiman, Afdlin Shauki dulu pernah la belajar kat sini. Provos UiTM kasitau kat aku dulu. Haaaa, jangan ingat aku tak kamcing ngn provos Uitm. Gua dulu AJK majlis perwakilan pelajar. Huhuhuhu..
Rumah kedai je pun UiTM Manjung ni… Mungkin orang tak tau pun tu sebuah UiTM. UiTM Manjung memang takde padang bola sepak. Hahahahahahha!!! Tapi walaupun tak canggih seperti universiti-universiti lain, tempat ni laaa paling heaven bagi aku. Stesen bas dekat, tempat main snuker dekat, karaoke dekat, tempat awek-awek cun Restoran Hasnah Tomyah… Fuuhh!!! Aku ni antara batch-batch terakhir yang menghuni kat Uitm ni dulu masa aku amik diploma dulu. Tahun 2000 sampai 2002 sebelum semua pelajar dipindahkan ke Seri Iskandar.
Kalau korang masuk kelas dia, atas bangunan ialah hostel pelajar, bawahnya kelas…. Kadang-kadang kita yang pelajar ni ada gak pi kelas kat blok hostel perempuan. Time tu leh dengar perempuan menyanyi kat bilik air…
Tu tak heran lagi…. Ni lagi best…BACA SETERUSNYA
Itu bab cita artis nie pulak cita politik dalam UITM SHAH ALAM BACA DISINI.........
No comments:
Post a Comment