Sunday, February 26

MB KEDAH PATUT BUBARKAN DUN SEKARANG !!!!



Azizan tidak perlu tunggu 28 hb Febuari ni untuk buat kejutan. Hakikatnya, langkah paling elok bubarkan sahaja DUN Kedah agar kejutan sebenar boleh ditunjukkan.

Daripada berpolemik, bertelingkah sesama EXCO hanya kerana berebutkan jawatan MB, lebih elok Azizan pulangkan kuasa dan mandat pada rakyat Kedah. Ini lebih 'gentleman' lebih afdal.

Benarlah, sepanjang 4 tahun ini dibawah PAS, PKR dan DAP rakyat Kedah dikejutkan dengan macam-macam perkara. Yang tiada, diadakan, yang ada mahu ditiadakan.

Tak semena-mena ahli PAS tuli kini dihimpit dengan perangan 'sewel' dan 'gila babi' kerajaan PAS. Contoh, 30 penjaja gerai makan di Taman PKNK, 90% adalah penyokong PAS tuli, termasuk Samad Bihun Sup. Kini dibawah tangan pimpinan PAS, pemimpin ulama mereka sendiri, gerai mereka bakal dirobohkan, walhal selama puluhan tahun di bawah BN, penyokong PAS tuli ini tidak pernah diganggu.

Lebih terkejut rakyat Kedah kerana diharapkan, dibawah tadbir DAULAH ISLAMIYAH PAS, harapkan undang-undang Islam, hudud, kedai arak, kedai judi, pusat hiburan, pusat urut, pub, disko akan berkurang atau dicegah umat Islam Kedah dari mengunjunginya. Rupa-Ruuuuuupanya, cempedak jadi nangka. Bukan berkurang, makin bertambah dan makin galak tumbuhnya, hari Khamis malam jumaat pun premis berkenaan dibolehkan buka. Sebab apa, ini negeri ada Melayu, Cina, India, 'bak kata Azizan, 'Kedah tak sama dengan negeri lain, kita ada cara sendiri'. Cara apa USTAZ? Cara melingkup dan menjahanam.

Kemudian rakyat terus terkejut, ingatkan dibawah PAS, banyaklah madrasah, surau, pusat pengajian Islam, maahad tahfiz akan dibuka. Rupa-rupanya satu pun tiada, yang ada seperti Madrasah Salihiah, telah dijual, tanahnya, bangunan mahu dirobohkan, MAAHAD TAHFIZ milik Insaniah pula ditukar menjadi Smart School atas nama komersial dan urusniaga.

Lebih terkejut rakyat Kedah, apabila mendapat EXCO dan MB yang punyai peel bermacam ragam. Bukan kerja kuat dan hebat mentadbir tetapi hebat buat perangai. Ada EXCO kaki kebas isteri orang. Ada EXCO cakap Melayu pun tak pandai, ada EXCO bekas penjenayah macam Manikumar, ada EXCO sapu keliling, dan ada EXCO yang hanya tahu makan gaji buta dan tak tahu buat langsung apa kerja. Eloklah MB borek EXCO rintik. MB kaki tidur, EXCO bantai honeymoon.

Tidak cukup dengan kejutan itu, tanah, balak, tanah kubur, tanah waqaf khas atau am, tanah simpanan Melayu, Gunung, Bukit, kuaribatu, pasir semua puak PAS jual. Bukan pajak, apa yang ada mereka jual-jual, kerana sedar inilah detik penghabisan kali sebelum kuasa lepas ditangan. Duit selenggara jalanraya yang diberi kerajaan persekutuan, dibalun disapu dan disimpan untuk tabung pilihanraya PAS. Jalan berlopak ibarat negara Somalia dibiarkan hingga tayar kereta rakyat terus menderita.
Rakyat Kedah lebih terkejut ingatkan dibawah kealiman pentadbiran PAS, masalah jenayah dan sosial akan berkurang rupanya bertambah teruk. Contoh mudah, bilangan penagih dadah wanita, Kedah berada ditangga kedua teramai selepas Selangor. Syabas, Kedah sejahtera, lalok merata-rata.

Sebenarnya rakyat Kedah seringkali menerima kejutan, terkejut beruk kerana diperintah oleh beruk-beruk gila berwarna hijau.. TAKBIR!!!!syburi-times

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive