Showing posts with label pas kedah. Show all posts
Showing posts with label pas kedah. Show all posts

Friday, September 14

GOLONGAN SYIAH UTARA KEPANASAN.




Tika ini, berdasarkan dua sumber dalaman PAS Utara dan satu sumber dari Pantai Timur tanahair telah mengesahkan sudah terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai calon dalam PRU 13 nanti.

Sejauh mana keberkesanan kempen dan gerakan sedemikian sukar lagi ditentukan namun ia mengesahkan pihak-pihak yang tidak secocok dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu masih belum berputus asa untuk melaksanakan agenda mereka.


Monday, June 11

Terima Kasih Kerana Hancurkan Kulim Hi-Tech Park?


Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sebuah taman teknologi tinggi yang diilhamkan dari Silicon Valley di Amerika dahulunya merupakan projek kebanggaan Negeri Kedah.  Ia adalah satu-satunya projek di bawah naungan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang berjaya.   

Diuruskan oleh Kulim Technology Park Corporation (KTPC), projek ini telah menerima beberapa anugerah hartanah peringkat antarabangsa sekali gus meletakkannya di antara kawasan pelaburan paling berprestij dalam peta pelaburan dunia. 

Tapi, ini semua cerita lama iaitu sebelum pihak pengurusan KTPC dan negeri bertukar tangan kepada PAS.   Zaman kegemilangan KHTP telah berakhir selepas PRU 2008, dan KHTP kini tidak ubah bagai sebuah syarikat hartanah yang hanya menunggu masa untuk dikuburkan.  

Pihak pengurusan KHTP yang baru iaitu yang diketuai oleh Haji  Muhammad Sobri Osman, Presiden KTPC, langsung tidak mampu membawa pelaburan baru.   Di bawah telunjuk Annuar Safar, Naib Presiden Ind. Dev. & Research, Haji Sobri mengiakan apa saja cadangan dan keputusan beliau.  

Annuar Safar ialah salah seorang dari 3 pengurusan atasan yang kekal sejak dari zaman Barisan Nasional menerajui Kedah.   Dan sejak dari zaman BN lagi, Annuar Safar telah diketahui sebagai penyokong Pakatan Rakyat malah semua pekerja tahu bahawa beliau pernah menyalahgunakan peralatan pejabat untuk membantu parti Keadilan dalam pilihanraya kecil Lunas pada tahun 2000.   

Sejarah Annuar Safar juga menunjukkan yang beliau pernah diminta surat tunjuk sebab oleh Lembaga Pengarah KTPC akibat terdapat bukti jelas yang beliau terlibat dalam salahlaku rasuah.   Sebelum menyertai KTPC, Annuar Safar juga pernah diminta meletak jawatan dari sebuah GLC atas alasan salahlaku rasuah juga.   

Di kalangan pekerja, Annuar Safar terkenal dengan sikap dengki khianat dan dendam terhadap sesiapa saja yang lebih tinggi pangkat darinya atau orang bawahan yang dilihat mampu mencabarnya.  Beliau yang ditugaskan mengurus Techno Center, pada ketika itu, memenuhi pejabatnya dengan wanita-wanita muda dan sering menambah bilangan pekerja walaupun tiada keperluan untuk syarikat berbuat demikian.   Segala teguran dan kritikan dari pihak atasan akan disimpan sebagai dendam, tanpa berbuat apa-apa.  

Apabila PAS mengambil alih negeri Kedah, KTPC juga diambil alih oleh PAS.  Ini menyebabkan ramai  orang-orang lama yang berpengalaman meninggalkan KTPC kerana tidak sesuai bekerja dalam suasana politik dan tidak professional.  

Setiap keputusan dibuat dalam konteks politik terutama apabila ia melibatkan pekerja.    Pengurusan baru juga mengambil tindakan ‘membuang’ pekerja secara halus atau tidak langsung jika dikenalpasti sebagai penyokong BN.   Hampir kesemua tindakan ini diambil oleh Haji Sobri kerana menerima bulat-bulat segala nasihat Annuar Safar, yang pastinya berniat untuk membalas dendam.  

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Haji Sobri adalah seorang Ahli Jawatankuasa PAS Kedah dan ura-ura menyatakan yang beliau akan bertanding di kawasan Pantai Merdeka, Sungai Petani dalam PRU 13 nanti.   Mungkin juga kerana terlalu sibuk berpolitiklah maka beliau  meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pegawai-pegawai pengurusan atasan untuk mengendali KTPC.  Namun, khabar juga jelas kedengaran yang beliau sebenarnya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan untuk mengendalikan syarikat korporat bertaraf dunia seperti KTPC.  Membawa sikap biasa seorang ‘lebai PAS’, Haji Sobri juga dikatakan jenis yang suka melalut berbual mengenai wanita di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diterajuinya serta tidak gemar berbincang perihal kerja yang dianggapnya terlalu berat untuk dicernakan.  

Di sinilah terletaknya persoalan besar mengenai KHTP iaitu, apakah wajar seorang Presiden syarikat milik kerajaan negeri di bawah naungan Pusat bergerak aktif dalam politik yang menentang kerajaan pusat?  

Haji Sobri ini juga kelihatan di Himpunan Hijau PAS pada 1 Jun lalu memberi sokongan penuh untuk menjatuhkan kerajaan.  Amatlah janggal apabila seorang peneraju syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk pelaburan langsung asing, menentang kerajaan pusat sedangkan beliau perlu bekerjasama erat dengan pusat.  

Tanpa bantuan, kerjasama dan sokongan pusat, usaha menarik pelaburan adalah hampir mustahil.   

Untuk pengetahuan, pengurusan KTPC terdahulu menghadkan program promosi pelaburan keluar negara paling kerap hanyalah 3 atau 4 kali setahun.  Ini kerana setiap program promosi pelaburan ke luar negara memakan belanja ratusan ribu ringgit dengan hanya membawa 4 – 5 orang delegasi dari KTPC dan kerajaan negeri.   

Oleh itu, adalah lebih praktikal jika program promosi ini diadakan bersama kerajaan pusat agar setiap prosedur, tawaran atau perbincangan khas mengenai cukai dan sebagainya boleh dilakukan terus antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat dengan pihak kerajaan pelabur terbabit tanpa membuang masa.   Pastinya, satu-satu pelaburan yang besar memerlukan komitmen bukan sahaja antara syarikat pelaburan dengan KTPC tetapi juga Duta dan Menteri, malah mungkin Perdana Menteri.  

Dengan sikap Haji Sobri yang menentang pusat, bagaimana rakyat Kedah mampu mengharapkan beliau untuk membawa masuk pelaburan baru?   

Di tambah dengan kemunculan pesaing-pesaing lain di luar dan dalam negara, terutamanya Senai Hi-Tech Park yang diterajui oleh Dato’ Ahmad Shukri Tajuddin iaitu bekas CEO KTPC yang ‘ditendang’ oleh PAS, bagaimana KHTP mampu terus hidup?  Senai Hi-Tech Park dikatakan giat mendapat pelaburan baru walaupun jumlah kekerapan pegawai-pegawainya keluar negara tidak mampu menyaingi kekerapan pegawai-pegawai KTPC - iaitu berkali-kali setiap bulan.    Bayangkan, jika program promosi pelaburan 3-4 kali setahun juga memakan jumlah ratusan ribu ringgit setahun, berapa agaknya yang dileburkan oleh pihak KTPC untuk keluar negara berkali-kali sebulan?  

Sudahlah kerajaan PAS Kedah langsung tidak mampu menjana wang untuk negeri, kini, pengurusan KTPC pula meleburkan wang sebanyak jutaan ringgit setahun untuk promosi KHTP tanpa membawa sebarang hasil.   Pelaburan sedia ada pula ada yang sudah berkira-kira untuk keluar dari KHTP atas berbagai-bagai alasan seperti rombakan pengurusan serta ketidaktentuan ekonomi dunia.  

Nampaknya, selagi PAS Kedah tidak mampu memisahkan politik dengan pengurusan negeri dan syarikat-syarikat milik negeri, selagi itulah satu projek pun tidak akan mampu membawa hasil kepada negeri, malah projek yang telah berjaya seperti KHTP juga akan turut hancur sekali.  

Apakah nasi telah menjadi bubur bagi KHTP?  Apakah masih ada harapan yang ia akan dipulihkan selagi pengurusan KTPC dan negeri tidak bertukar tangan kembali?  

Apapun,  buat masa ini kita ucapkan setinggi tahniah kepada Haji Sobri, Azizan dan PAS secara keseluruhannya, kerana berjaya dengan cemerlang sekali dalam menjahanamkan KHTP. Beruang biru

Saturday, May 12

KEDAH LINGKUP DENGAN MAKSIAT OSTAD ZIZAN TIDO LENA?


Dakwaan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS bahawa negeri itu ditadbir mengikut ajaran Islam ternyata meleset jika jumlah pusat hiburan, rumah urut dan juga perjudian diambil kira.



Pusat hiburan, termasuk disko dikatakan bercambah bukan sahaja di bandar tetapi juga boleh didapati di pinggir bandar dan pekan-pekan seluruh Kedah. Gejala ini dikatakan berleluasa sejak kerajaan pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak mengambil alih pada tahun 2008.

Apa yang dikesali, golongan remaja dan pelajar Melayu juga seringkali dilihat di tempat-tempat berkenaan. Tiada larangan bagi masyarakat beragama Islam untuk mengunjunginya dan tidak ada pemantauan daripada kerajaan negeri.

Tinjauan kami di sebuah pusat hiburan di Simpang Kuala di sini mendapati premis ini sentiasa menjadi tumpuan golongan belia dan remaja Melayu yang berpesta arak sehingga awal pagi. Setiap hari ada sahaja yang terhoyong-hayang akibat mabuk dan pergaulan di antara lelaki dan prempuan menjadi sesuatu yang lumrah.

Sebahagian besar penduduk yang ditemui kecewa dengan pentadbiran kerajaan negeri dibawah yang gagal mengawal dan memantau pusat hiburan berkenaan.

Penuntut di salah sebuah kolej swasta, Mohd Faris Hussin, 19, berkata pertambahan pusat hiburan dan judi secara berleluasa tidak elok sekali gus boleh mendatangkan gejala negatif dan mencemarkan maruah negeri Kedah.

"Pertambahan pusat hiburan tanpa kawalan secara tidak langsung boleh menjebakkan golongan muda ke arah gejala tidak bermoral... berharap kerajaan negeri serius menangani masalah sosial yang melanda di negeri ini," katanya yang berasal dari Pendang.



Bekas pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Muhammad Fadhullah Kamaruzaman (kanan), 18, pula berkata kerajaan negeri perlu bertegas menangani isu ini dan melakukan pemantauan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membendung pusat hiburan dan judi daripada bercambah.

"Saya berharap pihak berkuasa dan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) memantau perkara ini," katanya.



Pendapat sama turut dikongsi, anggota tentera Angkatan Tentera Darat (ATM), Yusmizal Ismail , 35, yang berkata pusat berkenaan bakal membawa gelaja negatif kepada golongan remaja di negeri ini.

"Apa yang kita tahu negeri Kedah di bawah pentadbiran PAS kuat dengan prinsip Islamnya, sepatutnya pemimpin PAS perlu menangani isu ini. Saya mendesak kerajaan negeri Kedah dan pejabat agama menangani isu untuk kebaikan rakyat di negeri ini," katanya.

Bagi pekerja swasta, Rizal Hashim, 36, seelok-eloknya kerajaan negeri pimpinan PAS menutup pusat hiburan sedia ada dan tidak memberikan lesen kepada permohonan baru.

Dakwa Rizal yang enggan gambarnya dirakam, premis perjudian seperti mesin kuda dilihat terlalu banyak di daerah ini.

"Sebagai contoh, antara lokasi wujud mesin kuda di Taman Saga, Simpang Kuala, Jalan Putra dan banyak lagi kadang-kadang lebih 20 premis di sesuatu jalan atau tempat... kalau boleh kerajaan negeri dan PBT jangan meluluskan lesen premis hiburan dan judi sewenang-wenangnya tanpa menyelidik terlebih dahulu," katanya.

Wednesday, May 9

SEJAK BILA KEDAH TUKAQ JADI DARUL MAKSIAT?


Rakyat di negeri ini kesal dengan pertambahan rumah urut dan hotel bajet sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial di kalangan golongan muda.

Menurut mereka, keadaan ini semakin melarat selepas Kedah ditadbir kerajaan PAS yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 2008 lalu.

Bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jamaluddin Mat Akhir, 58, dari Jitra pihak berkuasa tempatan memberikan lesen pusat refleksologi tetapi ia seingkali disalah-gunakan untuk kegiatan tidak bermoral seperti urutan seks di sebalik nama tersebut.

"Pusat refleksologi memang wujud sejak dari dulu kalau kita lihat tukang urut ini berada di tepi jalan sahaja dan kita difahamkan refleksologi ini mengurut tapak kaki, tetapi bila ada rumah dan bilik khas itu yang menimbulkan tanda tanya kepada rakyat di negeri ini," katanya.

Katanya, kurang pemantaun dari kerajaan negeri dan pertambahan rumah urut dan hotel bajet itu memberi impak negatif kepada generasi muda dan remaja masa kini.

"Kita tengok industri ini juga menjadi semakin hebat dengan kemasukan 'tukang urut' daripada luar negara dan saya rasa semua faham maksud ini," katanya sinis.

Ditanya mengenai cadangan mengawal aktiviti tidak bermoral itu, menurutnya, pihak berkuasa yang meluluskan lesen kepada pihak berkenaan perlu memantau premis rumah urut dan hotel bajet tersebut.

"Saya melihat di negeri ini... di mana dulu kita tak nampak perkara ini...sekarang ini kita lihat banyak hotel bajet dibuka antaranya di Shahab Perdana, dulu tiada sekarang dah banyak dan merata-rata tempat di Alor Setar dan sebagainya.

"Kalau ada aktiviti tidak sihat, ini yang menyedihkan penduduk setempat dan rakyat," katanya.

Pendapat sama turut disokong, penjual tiket bas ekspres, Mohd Syahbani Zakaria, 29, berasal dari Alor Setar. Beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan serius dengan bekerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIS) bagi mengatasi isu ini.

Jelasnya, dengan adanya pembabitan kedua-dua agensi ini secara tidak langsung dapat mengawal dan memantau operasi rumah urut dan hotel bajet daripada kegiatan tidak bermoral.

Ditanya mengenai lokasi premis rumah urut yang dikatakan terus bercambah di bawah kerajaan pimpinan PAS itu, katanya, banyak yang beroperasi di Jalan Sultan Badlishah dan di Jalan Putra di bandar Alor Setar.

"Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan dengan segera sebelum memudaratkan golongan muda," tegasnya.

Sementara itu, pemandu teksi, Fadil Abd Ghani, 50, berasal dari Alor Setar juga mengakui terdapat bilangan rumah urut dan hotel bajet yang semakin meningkat.

Katanya, ini berpunca apabila agensi penguatkuasaan daerah kurang mengambil perhatian dan memantau isu ini.

"Kita berharap PBT mengkaji semula lesen yang dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut," jelasnya.

"Sesetengah rumah urut hanya untuk mengaburi mata umum, di luar papan iklan maklumkan urut refleksiologi tetapi di dalam lain pulak. Kita hendak PBT ambil tindakan dan tidak mahu rumah urut dan hotel bajet terlampau banyak sangat. Kami tidak mahu di Kedah terkenal dengan jolokan rumah urut," tegasnya.

Bagi pesara swasta, Hashim Wahab, 60, berasal dari Kepala Batas, beliau bersetuju sekiranya rumah urut ini hanya dibenarkan beroperasi untuk tujuan perubatan sahaja.

"Kalau lain daripada itu (tawar seks) kita tidak setuju...kita setuju benda yang elok, tidak mahu benda yang ditegah, apa yang kita risaukan di sebalik lesen...itu kita tidak setuju," katanya.

Sebelum ini, tinjauan juga mendapati kegiatan maksiat juga berleluasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Umpamanya di Selangor, pusat urut bukan sahaja bercambar di bandar-mandar besar tetapi juga di luar bandar.

Friday, March 23

PKR Dakwa Tanpa Undi India, PR Masih Kekal Di Kedah



RADIO Kedah kelmarin menyiarkan temuramah dengan Ahli Parlimen Sungai Petani dari PKR, Johari Abdul yang mendakwa Pakatan Rakyat masih mampu mengekalkan kuasa di Kedah, walaupun tanpa sokongan dan undi dari masyarakat India.

Kenyataan ini menunjukkan betapa bongkak dan takburnya Johari Abdul dengan tahap kekuatan Pakatan Rakyat di Kedah sekarang sehingga memandang rendah keupayaan pengundi kaum India dan sumbangan mereka kepada pembangunan negeri tersebut.

Sedangkan kita semua tahu bahawa Kedah adalah antara negeri yang bakal terlepas semula ke tangan Barisan Nasional, bukan sebab kekuatan BN tapi kerana kegagalan PAS dan Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi pemerintahan yang baik, dibanding dengan kerajaan BN sebelumnya. Cakap memang banyak tapi satu apa tak dibuat. Tak kira lagi perbalahan dalam kerana masing-masing mabuk nak menjadi Menteri Besar.

Dulu bolehlah, masa jadi pembangkang, semua pun digebang besar-besaran. Itu boleh ini boleh. Tapi bila dah jadi kerajaan baru tahu susahnya nak menguruskan kerajaan.

Kalau pun ada ‘sumbangan’ PAS di Kedah yang boleh diingati rakyatnya ialah kejadian banjir kilat yang kerap, hasil dari penggondolan hasil hutan (terutama balak) di Kedah sejak PAS mengambil alih.

Walaupun kita tahu, kenyataan Johari Abdul itu terhasil dari rasa tidak puas hatinya kepada Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengisytiharkan keluar PKR pada tahun sudah, tapi tidak wajarlah dia mempalitkan tindakan tersebut kepada seluruh masyarakat India di Kedah.

Undi, walaupun satu, mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanraya di kawasan tersebut.

Johari Abdul sedar, hilai tawanya bersama trio Datuk T dalam kes pendedahan video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim, sedikit sebanyak sudah mencalarkan imejnya sebagai penyokong setia Anwar. Di belakang buat main lagi tunduk patuh pada Anwar ya, dibelakang, dialah yang paling hebat mengata.

Semua inilah sebenarnya yang mengurangkan ‘nilai’ Johari Abdul untuk dicalonkan semula sebagai Ahli Parlimen dalam kempen pilihanraya umum akan datang. Dia tahu itu, maka itu dia banyak membuat kenyataan-kenyataan yang sebenarnya boleh merosakkan PKR dari luar dan dalam.

Malangnya orang India pula dijadikan subjek kecama Johari Abdul dalam usahanya mensabotaj PKR dari dalam.

Orang India di Kedah sepatutnya mengambil kenyataan Johari Abdul ini dalam menentukan kerajaan mana yang mahu dipilih dalam pilihanraya akan datang. Malulah orang India jika peranan dan kepentingan mereka di pandang mudah dan rendah oleh parti yang memerintah. Walhal sebagai warganegara, orang India mempunya peranan dan fungsi besar memajukan negate ini, tidak terkecuali negeri Kedah – walaupun populasi mereka di negeri tersebut adalah kecil.

ALAHAI PAS KEDAH?


MKP Ayat Sempoi ; Padang Terap akan jatuh menirap kerana Ahli Parlimen PAS buat tak peduli kat rakyat mengundinya.

Friday, March 16

VIDEO SEKS PEMIMPIN PR BAKAL DIKELUARKAN.



Khabar yang pasti akan mengemparkan pihak Pakatan Rakyat,satu video seks melibatkan pemimpin mereka bakal dikeluarkan,jangan membuat andaian menyatakan video ini pastinya milik Anwar,ternyata silap ....ianya melibatkan seorang pemimpin dari dari utara yang pasti bukan Pulau Pinang.

Siapa pemimpin itu?walaupun MKP tidak diberikan maklumat mengenai individu yang terlibat secara terperinci tetapi MKP mendapat gambaran yang agak jelas mengenai siapa yang dimaksudkan. hanya individu yang terlibat yang tahu, dan yang mampu mengesahkannya.

Video ini bakal disebarkan maka individu yang terlibat wajar mengundurkan diri serta-merta.Lebih elok lagi, jika semua pemimpin PR yang mempunyai skandal, meletakkan jawatan sebelum PRU menjelang tidak kira sama ada skandal mereka telah terakam dalam video atau tidak.jika benar pemimpin berkenaan terlibat dalam skandal video seks terbaru ini  eloklah beliau mengundur diri dengan seberapa segera.   Sementara identiti anda masih kabur,Jangan nanti bila semuanya sudah pecah, maka menuding jari kepada siapa saja pun tidak akan membantu memulihkan reputasi, maruah dan mungkin juga rumahtangga anda.

MKP Ayat Sempoi : Tiba masanya akan meletup jua///// 


Friday, March 9

PHAHROLRAZI GUNA BOMOH PEKENA AZIZAN??


Apa kejadah nie dalam PAS pun nak main bomoh,lawak pun ada macam musibat pun ada.Ingat bila dah kuat amalan nie tak la terkena dan tak main nie semua malahan menjadi-jadi lah pulak.Ternyata Phahrolrazi nie punya busuk perut dan bersungguh nak menjatuhkan Ostad Azizan.

Rungutan dikalangan pemimpin kanan PAS mengenai tindakan Datuk Phahrolrazi Zawawi membawa 5 kereta penuh dengan samseng untuk mengiringinya hadir ke mesyuarat damai bersama kepimpinan PAS Pusat di kediaman Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon pada Ahad.

Selain dari tindakannya yang biadap kerana enggan menjawab salam yang dikemukakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din.

Sudahlah Phahrolrazi terang-terangan mencaci Datuk Seri Azizan Razak (enggan memanggil Menteri Besar itu dengan gelaran rasminya) di hadapan kedua pemimpin tertinggi PAS tersebut dan mempersendakan keadaan kesihatan mata Menteri Besar itu yang semakin merosot kebelakangan ini, beliau juga enggan menjamah makanan yang disediakan kerana takut telah ‘diracuni’ Azizan.

Sumber yang rapat dengan Azizan memaklumkan keadaan kesihatan mata Azizan yang teruk sekarang ini pun dikatakan berpunca dari Phahrolrazi yang menggunakan khidmat bomoh untuk ‘mengenakannya’. Itu juga punca kenapa Phahrolrazi enggan menjamah makan yang disediakan kerana takut Azizan juga menggunakan pendekatan yang sama ke atas dirinya.

Kepada mereka yang mengikuti dengan rapat senario politik Kedah ini, soal menggunakan khidmat bomoh untuk menjatuhkan pesaing politik masing-masing bukanlah perkara baru. Sebagai negeri yang bersempadan dengan Thailand, perkara tersebut memang sudah menjadi kelaziman dikalangan ahli politik disana.

Baiklah, sementara tuduhan yang mengatakan Phahrolrazi menggunakan bomoh itu masih tidak dapat dipastikan kesahihannya, tindakan Phahrolrazi yang biadap ini amat memualkan. Latar belakangnya sebagai seorang jurutera professional tapi bersikap kebudak-budakkan amat-amat dikesali.

Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dilaporkan mempunyai hubungan yang rapat dengan Phahrolrazi melebihi 3 Exco PKR lain dalam kerajaan Kedah. Tidak hairan kenapa Anwar mengarahkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution bertemu dengan Phahrolrazi terlebih dahulu untuk menyampaikan amanatnya, mendahului Jawatankuasa Khas PAS Pusat yang mengendalikan krisis politik Kedah.

Phahrolrazi jangan lupa, pepatah Inggeris pernah mengatakan “What Goes Around Comes Around”. Jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar pun pada satu hari nanti, apakah agaknya perasaan beliau jika ditempelak sedemikian rupa oleh anggota Exconya sendiri?

Phahrolrazi perlu kembali semula kepada prinsip asas berkerajaaan, apa pun yang mahu dikatakan mengenai Azizan, beliau adalah Menteri Besar yang diamanahkan kepimpinan PAS Pusat dan rakyat negeri Kedah dengan tanggungjawab tersebut. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, Phahrolrazi perlu menerima ketentuan ini sehingga ada ketentuan lain pula yang mengambil alih.


MKP Ayat Sempoi : Depa nie lagi teruk dari apa yang nampak diluar,Tue la orang kata cara berpakaian bukan menentukkan seseorang tue alim.......sama-sama kita renungkan.....

- Posted using BlogPress from my iPad

Thursday, March 8

RUMAH PHAHROLRAZI TERSEBAR?


Rumah Phahrolrazi. Pemimpin parasit PAS Kedah.Mitos bahawa pemimpin PAS adalah terdiri daripada golongan sederhana dan rela berkorban demi rakyat mungkin akan laku zaman 90an.

Di zaman IT kala ini, semua maklumat adalah di hujung jari. Jika PAS menggunakan kaedah menonjolkan rumah-rumah pemimpin UMNO .Tapi kalau ditunjukkan gambar ini kepada penyokong totok PAS, mungkin ada yang tak percaya. Sebab ada di antara mereka masih ingat pemimpin PAS hanya ada kereta Proton Saga.

Dan sebab kuasa dan harta juga pemimpin-pemimpin parasit PAS Kedah sanggup membelakangkan mandat yang diberi oleh rakyat iaitu Ustaz Azizan sebagai MB.

Rupanya serangan terhadap MB Azizan Razak oleh Phahrolrazi dan kawan-kawan berunsur tender projek jalan jutaan ringgit yang tidak lagi diberikan oleh Azizan kepada krono Phahrolrazi. Dengar cerita projek jalan oleh kerajaan pusat tidak disalur kepada kroninya atas cadangan MB Azizan. Betol ke?

Memang berdebah puak totok Pas Kedah,berjuang demi mengaut harta kerajaan negeri dan membiarkan rakyat negeri Kedah hidup dalam kesempitan. Sungguh zalim kerajaan yang berserban ini selagi boleh mengaut kekayaan negeri sehingga alpa kepada falsafah perjuangan asal.

Kesian MB Azizan Razak yang dinafikan kuasa mentadbir negeri secara mutlak. Mana ada negeri dalam Malaysia baik dibawah tadbir kerajaan pusat atau kerajaan pakatan yang kuasanya dikawal oleh jawatankuasa pemandu  Pusat.

Sah Pas Pusat mencampuri urusan dalam kerajaan negeri Kedah dan mereka berjaya mengurangkan kuasa MB Azizan dan terus untuk memberi tekanan sehingga mereka berjaya membuat Azizan mengundurkan diri.

MKP Ayat Sempoi : kalau kita suka buat kat orang necaya suatu hari kita akan kena jua.

Tuesday, March 6

Azizan Tolong Dedahkan ‘Cina’ Yang Serah Duit Pada Phahrolrazi



Dalam mesyuarat yang diadakan pada Ahad di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah untuk menyelesaikan konflik kepimpinan negeri tersebut, Datuk Seri Azizan Razak dilaporkan telah mengugut untuk mendedahkan nama ‘taukeh cina’ yang diketahui rapat dengan Datuk Phahrolrazi dan menghantar wang ke rumahnya hampir setiap malam.
Ini adalah sebagai balasan atas pelbagai projek dalam negeri Kedah yang kononnya telah diserahkan Phahrolrazi kepada individu tersebut.
Malangnya, sumber yang menyatakan hal ini kepada penulis tidak pula menyatakan sama ada Azizan ada menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam mesyuarat itu.
Tuduhan ini serius kerana ia berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.  Ditakuti boleh mengancam kestabilan kerajaan Kedah walaupun selepas penubuhan Jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh PAS pusat untuk mengawal selia keputusan dalam pentadbiran negeri Kedah.
Apatah lagi bila yang membuat tuduhan tersebut ialah Menteri Besar Kedah sendiri!!
Berharap Azizan berani melapurkan hal ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ia benar-benar berlaku seperti mana yang didakwanya.  Apatah lagi bila tuduhan tersebut di dengar oleh semua orang yang hadir dalam mesyuarat tersebut termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Dun.
Kegagalan melapurkan kepada SPRM akan menjadikan pemimpin lain yang turut sama dalam mesyuarat tersebut bersubahat dengan ‘kesalahan yang didakwa Azizan dilakukan oleh Phahrolrazi itu.
Persoalanya di sini, kenapa Azizan menunggu sehingga mesyuarat seumpama itu diadakan untuk mendedahkan semua perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi PAS?  Kenapa tidak dimaklumkan lebih awal jika benar seperti mana dakwaan Azizan dalam mesyuarat tersebut “saya tau semua tu ingat saya tak tau, nak saya dedah semua ka?”.
Sebenarnya untuk pengetahuan pembaca, kami tahu lebih banyak perkara yang berlaku dalam mesyuarat tersebut tapi kami akan dedahkan pada masa yang sesuai kerana jelasnya banyak perkara memalukan berlaku dalam mesyuarat itu yang tidak mahu dihebahkan kepada pihak luar.

Monday, March 5

PAS KEDAH MAIN WAYANG KULIT,LAWAK SUNGGUH DEPA NIE?


Bila orang Kedah marah bahasa keluaq macam-macam bagi bukan rakyat utara semenanjung kena balik cari kamus atau rujuk la dengan orang utara.Teringat masa dulu kecik-kecil semasa keraian majlis kahwin mesti ada wayang kulit Asun yang famous masa tue.Almaklum masa tue TV pun tak ada macam lanie semua teknologi ada.


Walaupun baru dalam dunia blogger akan tetapi tak semestinya kita nie marhean dalam selok belok politik "itulah ayat DARI BLOGGER superstar yang keluaq"Pendirian MKP mudah jangan berlagak sombong dan angkuh dengan apa yang kita ada,semua tue tak kekal dalam dunia nie.Hidup amacam roda,,,,,hari nie hari kau mana tau esok hari aku,,,,,,,,,tapi kalau berdendam itu bukanlah sikap MKP......


Berbalik kepada cerita asal,PAS nie dah main wayang dengan rakyat Kedah.Mula kata tak sebulu bergaduh sakan.Sampai keluaq dari ofis (Phahroul)tak mau kat Ostad Zizan.Maka bermulalah Wayang Kulit Asun depa dok main.....Nie semua nak perhatian dari pucuk pimpinan PAS pusat.Wayang Punya wayang last sekali terima juga jadi EXCO Kedah  KLIK DISINI...apa kejadah depa nie dok main,,,Ludah mai balik kat muka dah nie.Tu dia MKP cilok dari MPP surat yang dihantaq kepada MPP.Lebih kurang pulak nama kami nie MKP/MPP heeeeeee K_POP......
Baru menang sepenggal dah macam-macam kelaku buruk hampa dah keluar.. Berlagak, perasan hebat, keraih kepala, ketegaq, berasa diri lebih hebat dari orang lain.. 
Hampa ingat rakyat kat bawah tak perati ka kelaku buruk hampa tu? Ingak rakyat bawah bodoh sangat ka nak paham apa yang telah dan sedang berlaku kat Kedah lanie?
Hampa ingat hampa menang hari tu pasai rakyat bawah sokong sangat ka parti hampa tu? Hampa ingat rakyat kesian ka dekat hampa dan parti hampa dengan apa yang berlaku hari ni? 
Dan yang lebih penting lagi hampa ingat Umno/BN Kedah dok duduk melenggak saja ka tengok hampa dok bergomoi lanie?
Nak kata hampa bodo.., hampa semua pakat mengaji tinggi.. Pensyarah la.. engenier la.. doktor la.. Pendek kata hebat-hebat semua taraf pendidikan hampa.. Tapi kerja buat hampa pada hari ni macam orang bodo.. Macam hindu mabuk todi saja kami tengok.. 
Ni kali akhir aku nak kata dekat hampa yang ceredik-ceredik kat atas sana nun.. Sudah-sudah lah jadi orang bodoh.. Berenti la buat kerja bodoh tu.. Mengundi tak lama dah.. 
Kalau hampa sayang lagi dengan parti hampa, buat la kerja yang kami amanahkan kat hampa tu elok-elok sementara ada lagi baki-baki nyawa hampa dalam negeri Kedah ni.. Orang sebelah sana pakat dok gelak saja tengok kelaku buruk hampa tu.. 
Awat.. Hampa ingat kami tak reti nak malu ka dekat depa dengan kelakuan buruk hampa tu?? Last sekali aku nak tanya hampa.. Hampa ingat kulit muka kami ni tebai macam kulit bewak ka??? 
Mat Tok ChaLana Bulu
MKP Ayat Sempoi :Tak apa bro kita semua kawan tak mau lawan,tapi kita tunggu lah lepaih PRU 13 tengok sapa sempoi..................Jangan jadi Anjing menyalak bukit takkan runtuh. 

PHAROLRAZI AKAN MELUTUT KEPADA NIK AZIZ?



Exco Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi difahamkan akan menemui Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan sokongan ekoran keengganannya untuk dilantik semula ke jawatan yang masih disandangya kini.

Beliau dikatakan bertindak demikian selepas Jawatankuasa Pas Pusat menolak permohonannya mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bercuti serta-merta.

Phahrolrazi dan seorang lagi pemimpin yang memberontak, Dr Ismail Salleh telah mengemukakan satu syarat bahawa pemangku Menteri Besar perlu dilantik jika Pas mahu mereka menerima semula jawatan sebagai exco negeri itu.

Bagaimanapun permintaan itu tidak mendapat lampu hijau dari Pas Pusat. Difahamkan Phahrolrazi tidak berpuas hati dengan keputusan itu dan kini dalam langkah terakhir untuk mendapatkan sokongan Nik Aziz terhadapnya. 

Beliau turut meminta campur tangan Nik Aziz selepas Dewan Ulama Pas Kedah menasihatkan beliau supaya menerima apa jua keputusan Pas Pusat.Diminta mengulas mengenai keputusan Pas Pusat yang telah dimaklumkan kepada dirinya, Phahrolrazi bagaimanapun enggan mengulas. 

"Biarlah mereka mengumumkan dulu keputusan mesyuarat malam tadi (malam kelmarin) yang saya difahamkan akan dibuat di Kuala Lumpur esok (hari ini)," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online. 

Beliau mengesahkan ada lagi syarat yang beliau tetapkan belum diperhalusi jawatankuasa berkenaan.Mesyuarat jawatankuasa itu dikatakan menemui jalan buntu apabila Pas yang sepatutnya membuat pengumuman keputusan yang diperoleh semalam, terpaksa menunda sidang media berkenaan ke hari ini. 

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, mereka tiada kuasa untuk mengubah keputusan yang diputuskan Pas Pusat.Dalam perkembangan lain, difahamkan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu turut menyokong Phahrolrazi.

Sumber berkata, Mohamad tidak disenaraikan sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang dan didakwa kecewa dengan keputusan itu.Mohamad yang juga berasal dari Pulau Pinang mempunyai peluang tipis untuk bertanding di negeri itu.

Pas hanya mempunyai satu kerusi yang dianggap selamat dan sudah diisi calon sesuai.Bagaimanapun, beliau pernah bertanding di Kedah sebelum ini dan mempunyai prospek di sana.

Sementara itu, sumber berkata, mereka tidak akan mengambil kira campur tangan daripada PKR dan DAP terhadap kemelut di Kedah."Komponen parti Pakatan Rakyat tidak selesa berbincang mengenai agihan kerusi dengan Azizan," katanya.

MKP Ayat Sempoi : PAS Kedah kelam kabut dek kerana Pharolrazi nie,dulu mula jadi EXCO apa pun boleh tapi la nie dah besaq Kepala atas dan bawah? 

AZIZAN DIPECAT MB BARU AKAN DILANTIK DIKEDAH?


Krisis politik yang melanda pentadbiran negeri Kedah ini selesai juga.  Sumber memaklumkan MKP bahawa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk meletakkan jawatan dan seorang Menteri Besar baru akan dilantik.


Tapi memandangkan banyak perkara perlu dilakukan, seperti memohon perkenan DYMM Sultan Kedah untuk seorang Menteri Besar baru dilantik dan mendapatkan persetujuan semua ADUN Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Kedah, maka pengumuman rasmi mengenai perkara tersebut ditangguhkan terlebih dahulu, dan hanya akan diumumkan dalam masa terdekat.


Dari maklumat tersebut jalan penyelesaian ini dicapai setelah campur tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengarahkan Datuk Saifudin Nasution untuk membantu, memandangkan beliau sekarang berada di Islamabad, Pakistan.  Saifudin telah menyampaikan amanat Anwar kepada jawatankuasa khas PAS Pusat untuk menyelesaikan perkara ini yang diketuai Timbalan Presiden, Mohammad Sabu.


Sebelum itu juga, dilaporkan Saifudin Nasution telah menghubungi Datuk Phahrolrazi  Zawawi untuk memaklumkan keputusan Anwar.


Azizan pula, walaupun dikhabarkan menerima keputusan tersebut, telah mengarahkan Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah (melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Helmi Yahya)  untuk mengeluarkan kenyataan menolak sebarang usaha menyingkirkannya dari jawatan tersebut.


Tapi sokongan kedua-dua dewan tersebut dijangka tidak mampu menghalang persetujuan yang telah dicapai kerana Azizan bakal dibiarkan berseorangan dalam menghadapi isu penyelewengan peruntukkan menyelenggara jalan dari kerajaan pusat berjumlah RM 150 juta yang sedang disiasat SPRM, menurut sumber tersebut lagi.


Walaupun Azizan menuduh isu tersebut berkait rapat dengan Phahrolrazi atas kedudukkannya sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebagai agensi pelaksana, tapi sebagai Menteri Besar, Azizan bertanggungjawab atas semua masalah yang mungkin timbul dari isu tersebut.PAS Pusat sebagai punca utama perbalahan yang berlaku sekarang.


MKP Ayat Sempoi : Dah jadi dalcha marba Kedah,PAS kena cucuk hidung oleh Anwar Aljuburi. 

Tuesday, February 28

OSTAZ ZIZAN PATUT DIKERAT DAN DIKUBURKAN ?



Itulah kata-kata yang keluaq dari mulut Phahrolrazi,MKP terkejut dengan dedahan ini,tak sangka seorang yang memakai kepiah putih dikepala sanggup mengeluarkan kata-kata macam tue.Dasyat gila tahap munafik PAS nie.Pasal duit dan harta depa sanggup jadi macam tue.Inilah yang dikatakan orang lebih alim sebenarnya hati perut macam musibat terutama pemimpin PAS.eloklah, lepas nie Rakyat kena menilai apa yang berlaku cah keting dalam PAS.Jika Pemimpin tak bersatu macam mana nak mentadbir negeri,Rakyat jugak menangung derita dek kerana gajah sama gajah bergaduh tikus mati ditengah..........


Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!


Satu demi satu perkara yang berlaku menyebabkan Phahrolrazi mengakui, beliau tidak dapat lagi bekerjasama dengan Ustaz Azizan. Malah yang paling menarik ialah, Ustaz Azizan ni tak pernah langsung mendengar nasihat dari Phahrolrazi walaupun beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah 1. Segala isu berbangkit mengenai negeri Kedah, Ustaz Azizan hanya mempertimbangkan sendiri dan lebih mendengar pendapat orang luar dari pendapat beliau.

Keretakkan paling ketara ialah semasa isu KUIN, apabila Ustaz Azizan bersifat degil dan pentingkan diri sendiri dari parti. Kata beliau la, bukan Mc kata. Akibat pendedahan demi pendedahan, penyokong Phahrolrazi seakan-akan naik berang dengan Ustaz Azizan, dan bertekad untuk menjatuhkan Ustaz Azizan dari terus menjadi menteri besar Kedah. Malah ada yang menjerit akan mengorek kubur untuk Ustaz Azizan dan kerat-kerat sebelum PRU ke 13 berlangsung.kedahkekl

AZIZAN DAN PHAHROLRAZI CUMA BERBEZA PENDAPAT TAHAP KRITIKAL?



Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata beliau enggan dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kedah kerana mempunyai perbezaan pendapat yang "kritikal" dengan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.
 
Bagaimanapun, katanya, jika pimpinan Pas Pusat mahu beliau kembali menjadi Exco, beliau bersedia mempertimbangkannya tetapi dengan syarat-syarat tertentu dan pendapatnya diambil kira.
 
Beliau yang menyifatkan masalah beliau dengan Azizan, yang juga Pesuruhjaya Pas negeri, sebagai masalah peribadi berkata beliau berhak untuk tidak terus menjadi Exco kerana sebagai Exco beliau perlu taat kepada ketua dan jika tidak beliau perlu "keluar". 
 
" Dalam organisasi kita hendaklah setuju dengan pemimpin kita. Kalau ada banyak perkara yang tak setuju kita tak boleh duduk dalam organisasi itu. Sebagai kerajaan kita ada tanggungjawab bersama, kalau tak setuju kena ada cara untuk kita tak susahkan mereka (ketua). Menteri Besar ada pendapat dia sendiri. Pendapat itu perlu dihormati.
 
"Perbezaan pendapat itu memang biasa. Kalau dalam 10 perkara, perbezaan pendapat hanya satu, dua tak apa tapi kalau dah enam, tujuh, ia tak wajar. Tindakan seperti ini perlu (tidak sambung untuk jadi Exco) adalah supaya organisasi lebih tenang," katanya pada sidang media di kediamannya di sini, hari ini.
 
Phahrolrazi adalah seorang daripada dua Exco yang menghantar surat kepada Azizan bagi menyatakan keengganan mereka dilantik semula ke jawatan itu.
 
Seorang lagi adalah Datuk Dr Ismail Salleh yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya II Pas negeri.
 
Hari ini, hanya lapan anggota exco kerajaan negeri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Datuk Seri Tunku Annuar Sultan
Badlishah di Istana Anak Bukit, di sini. Kelazimannya kerajaan negeri Kedah mempunyai 10 exco.
 
Phahrolrazi berkata keputusan beliau untuk tidak dilantik semula menjadi exco dan sebabnya ada dimaklumkan kepada Exco yang lain dan empat lagi Exco mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.
 
"Tapi bila hantar surat kepada Menteri Besar (untuk tidak sambung menjadi Exco), hanya saya dan Dr Ismail yang berbuat demikian. Secara peribadi saya merasakan ia tidak serius. Saya ada alasan saya, begitu juga Dr Ismail. Saya telah menjelaskan perkara itu kepada Dewan Ulama Pas Kedah dan mereka bersetuju untuk saya tak sambung. Saya juga sudah memberi penjelasan kepada pimpinan Pas Pusat daripada Presiden sampai ke bawah," katanya.
 
Mengenai andaian beliau mahu menjatuhkan Menteri Besar, katanya, jika beliau mahu berbuat demikian beliau tidak sepatutnya berhenti menjadi Exco kerana ia lebih mudah.
Ditanya sama ada dia masih ada masa untuk menerima pelantikan semula kerana tempoh pelantikannya masih ada sehingga 7 Mac depan, beliau berkata pimpinan Pas.Pusat yang melihat perkara itu sebagai serius perlu campur tangan. 
 
Bagaimanapun, Phahrolrazi yang masih bercuti sehingga 1 Mac ini berkata beliau dimaklumkan Menteri Besar telah mempersembahkan senarai nama 10 Exco yang tidak termasuk namanya dan Dr Ismail kepada Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Yang di-Pertuan Agong.
 
" Di Kedah ni lain, Exco dilantik setiap tahun. Menteri Besar angkat sumpah sekali je (sahaja) lepas pilihan raya," katanya.
 
Ditanya sama ada masalah beliau dengan Azizan itu boleh diselesaikan melalui perbincangan dengan Menteri Besar itu, beliau berkata perbincangan telah diadakan tetapi masalah perbezaan pendapat itu masih berlaku dan kerana itu memerlukan campur tangan pusat.
 
Pada sidang media itu, Phahrolrazi turut menafikan masalah itu ada kaitan dengan kumpulan "Erdogan" atau "Anwarinas", serta pertembungan antara kumpulan profesional dan ulama dalam Pas.

"(Dalam hal ini) saya merujuk kepada Dewan Ulama. Tak berlaku pertembungan. Di Kedah sebenarnya tak berlaku perkara itu. Di peringkat nasional mungkin," katanya. 
 
Ditanya adakah tindakan beliau dan Dr Ismail ini akan memberi kesan kepada Pas dan kerajaan negeri memandangkan keputusan itu dibuat ketika pilihan raya.umum semakin hampir, katanya, beliau tidak meletakkan jawatan sebelum ini kerana kerajaan negeri belum stabil dan beliau yakin itu tidak menjejaskan Pas.
 
"Menteri Besar dah cakap kerajaan Kedah teguh dan mendapat sokongan yang baik. Dia boleh lantik orang lain sebagai Exco," kataya.
 
Mengenai jawatan dalam parti, Phahrolrazi berkata beliau akan memikirkan semula mengenai jawatannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 Pas Kedah. 

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive