Menurut mereka, keadaan ini semakin melarat selepas Kedah ditadbir kerajaan PAS yang dipimpin oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada 2008 lalu.
Bagi bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jamaluddin Mat Akhir, 58, dari Jitra pihak berkuasa tempatan memberikan lesen pusat refleksologi tetapi ia seingkali disalah-gunakan untuk kegiatan tidak bermoral seperti urutan seks di sebalik nama tersebut.
"Pusat refleksologi memang wujud sejak dari dulu kalau kita lihat tukang urut ini berada di tepi jalan sahaja dan kita difahamkan refleksologi ini mengurut tapak kaki, tetapi bila ada rumah dan bilik khas itu yang menimbulkan tanda tanya kepada rakyat di negeri ini," katanya.
Katanya, kurang pemantaun dari kerajaan negeri dan pertambahan rumah urut dan hotel bajet itu memberi impak negatif kepada generasi muda dan remaja masa kini.
"Kita tengok industri ini juga menjadi semakin hebat dengan kemasukan 'tukang urut' daripada luar negara dan saya rasa semua faham maksud ini," katanya sinis.
Ditanya mengenai cadangan mengawal aktiviti tidak bermoral itu, menurutnya, pihak berkuasa yang meluluskan lesen kepada pihak berkenaan perlu memantau premis rumah urut dan hotel bajet tersebut.
"Saya melihat di negeri ini... di mana dulu kita tak nampak perkara ini...sekarang ini kita lihat banyak hotel bajet dibuka antaranya di Shahab Perdana, dulu tiada sekarang dah banyak dan merata-rata tempat di Alor Setar dan sebagainya.
"Kalau ada aktiviti tidak sihat, ini yang menyedihkan penduduk setempat dan rakyat," katanya.
Pendapat sama turut disokong, penjual tiket bas ekspres, Mohd Syahbani Zakaria, 29, berasal dari Alor Setar. Beliau berharap kerajaan negeri mengambil tindakan serius dengan bekerjasama Majlis Agama Islam Kedah (MAIS) bagi mengatasi isu ini.
Jelasnya, dengan adanya pembabitan kedua-dua agensi ini secara tidak langsung dapat mengawal dan memantau operasi rumah urut dan hotel bajet daripada kegiatan tidak bermoral.
Ditanya mengenai lokasi premis rumah urut yang dikatakan terus bercambah di bawah kerajaan pimpinan PAS itu, katanya, banyak yang beroperasi di Jalan Sultan Badlishah dan di Jalan Putra di bandar Alor Setar.
"Sepatutnya kerajaan negeri mengambil tindakan dengan segera sebelum memudaratkan golongan muda," tegasnya.
Sementara itu, pemandu teksi, Fadil Abd Ghani, 50, berasal dari Alor Setar juga mengakui terdapat bilangan rumah urut dan hotel bajet yang semakin meningkat.
Katanya, ini berpunca apabila agensi penguatkuasaan daerah kurang mengambil perhatian dan memantau isu ini.
"Kita berharap PBT mengkaji semula lesen yang dikeluarkan kepada pemilik premis tersebut," jelasnya.
"Sesetengah rumah urut hanya untuk mengaburi mata umum, di luar papan iklan maklumkan urut refleksiologi tetapi di dalam lain pulak. Kita hendak PBT ambil tindakan dan tidak mahu rumah urut dan hotel bajet terlampau banyak sangat. Kami tidak mahu di Kedah terkenal dengan jolokan rumah urut," tegasnya.
Bagi pesara swasta, Hashim Wahab, 60, berasal dari Kepala Batas, beliau bersetuju sekiranya rumah urut ini hanya dibenarkan beroperasi untuk tujuan perubatan sahaja.
"Kalau lain daripada itu (tawar seks) kita tidak setuju...kita setuju benda yang elok, tidak mahu benda yang ditegah, apa yang kita risaukan di sebalik lesen...itu kita tidak setuju," katanya.
Sebelum ini, tinjauan juga mendapati kegiatan maksiat juga berleluasa di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Umpamanya di Selangor, pusat urut bukan sahaja bercambar di bandar-mandar besar tetapi juga di luar bandar.
1 comment:
huhuhu...minta tolong linkkan http://mynameblackpanther.blogspot.com/
Post a Comment