Thursday, May 17

NIK AZIZ NAK MASUK UMNO , BOLEH KE?


Biar betul apa yang telah dinyatakan oleh Pok Nik nie rasa semacam la pulak?Biar benar nak berdamai dengan UMNO nie.Dah lama UMNO sedia menghulurkan tangan untuk berdamai dengan PAS demi untuk Islam dan Melayu.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya bersedia bermuzakarah dengan Pas berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya sesi muzakarah itu mencapai objektif dalam usaha menegakkan syiar Islam.

Akan tetapi topik yang hendak dibincangkan perlu jelas dan ada hala tuju, moderator kena adil dan tidak ada kecenderungan untuk dipengaruhi mana-mana pihak, tempat untuk muzakarah yang dipilih hendaklah dipersetujui bersama serta mesti menjaga adab dan etika,jelas Fathul Bari Mat Jahaya.

Muryidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Pas sentiasa bersikap pintu terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno.Malah katanya, beliau bersetuju jika ia muzakarah dengan Umno dalam masa terdekat untuk menyelesaikan pelbagai isu, namun bergantung kepada parti berkenaan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Muzakarah adalah fitrah manusia untuk menyelesaikan sesuatu perkara dan saya sendiri mengamalkan sejak dulu lagi, saya bersetuju jika ia diadakan dengan (dengan Umno),” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, hari ini.
Mengulas mengenai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, ia tidak perlu difikirkan, sebaliknya Pas sudah bersedia sebaik sahaja pembubaran parlimen diumumkan.SINAR HARIAN.
BERIKUT ADALAH PENDAPAT DARI YANG PAKAR DAN MENTELAAH PAS DAN UMNO DARI PANTAI TIMUR:

Muzakarah Umno-Pas : Kenangan 2008 .....

Sebut tentang Muzakarah Umno - Pas, teringat saya pada pertengahan tahun 2008 dimana waktu itu telah berlangsung Muzakarah secara serius yang melibatkan kepimpinan tertinggi kedua parti. Saya cari diarkib Utusan dan jumpa artikel2 yang menarik buat tatapan kita ..... sweet memory gitu... Saja sebagai rekod saya.

22 Julai 2008 -Majlis Syura Pas restui muzakarah

“Pas tidak menafikan ada pertemuan antara pucuk pimpinan tertinggi Pas dengan Abdullah bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

“Berikutan itu Majlis Syura Ulama Pas telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung Pas mempertingkatkan kesungguhan dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam,’’ kata Abdul Hadi.


27 Julai 2008 - Nik Aziz ajak Umno tubuh parti baru satukan orang Melayu


“UMNO bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam,”

Reaksi DAP ?

27 Julai 2008 - DAP mahu PAKATAN kaji semula keanggotaan Pas

“Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini. - tegas Karpal.

Perkara yang baik seeloknya dipercepatkan .... maka -

29 Julai 2008 - Tawaran kepada Pas - Bentuk kerajaan baru bersama UMNO di Perak

‘‘Pada saya, kalau hendak mulakan kerjasama atau penggabungan, elok dimulakan di Perak kerana negeri ini mempunyai penduduk Melayu, Cina, India dan Orang Asli... mentadbir Perak dan Kelantan tidak sama.

‘‘Kalau boleh, wujudkan dasar-dasar macam mana hendak mentadbir. Kita boleh perluaskan kerjasama itu ke negeri-negeri lain di seluruh Malaysia dan ia membolehkan UMNO dan Pas mewujudkan dasar yang lebih praktikal kepada semua rakyat,” kata Tajol Rosli

30 Julai 2008 - Pas jawab esok - Hadi

31 Juali 2008 - Pas komited muqabalah dengan Umno

“Timbalan Mursyidul Am telah diberi tanggungjawab ini iaitu untuk menjelaskan sebab dan rasionalnya muqabalah antara Pas dan UMNO diadakan.

“Sejajar dengan mesej yang akan disampaikan, Timbalan Mursyidul Am dijangka menekankan mengenai kepentingan Islam dan Melayu lebih daripada segala-galanya dalam mesyuarat tersebut,”

“Diharap selepas mesyuarat esok semua pemimpin Pas bersatu hati untuk menjayakan muqabalah ini,”

1 Ogos 2008 - Pas tolak tawaran kerjasama UMNO

‘‘Sehubungan ini, sebarang tawaran daripada UMNO untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat sama ada Pusat atau negeri tidak lagi berbangkit,’’


Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, usaha untuk bertemu dengan pelbagai pihak termasuk UMNO akan berjalan seperti dirancang tanpa mengira bentuk perkataan yang digunakan.


‘‘Saya sebut pertemuan ini secara umum, nama itu buatlah nak buat apa (muqabalah atau muzakarah). Kita akan mengadakan pertemuan dengan semua pihak dan bukan sahaja dengan UMNO.


Dan isu pun tenggelam dek persiapan menghadapi PRK Permatang Pauh ketika itu .......

*******************************

Muzakarah terbaru yang dicadangkan oleh Nik Aziz adalah lebih kepada membincangkan isu perkataan Islam pada nama Pas. Nik Aziz kata - Sudah lama PAS tunggu muzakarah

Sebelum ini Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan politik.

Oleh itu beliau mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mempertimbangkan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam.

“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, erti masing-masing mahu berhujah.

“Soal muzakarah memang PAS hendak lama dah dengan Umno atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.

“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya.

Kalau sayalah - Boleh kalau nak bermuzakarah TAPI waktu sama teruskan juga proses yang diperlukan bagi mengharamkan Pas dari terus menggunakan perkataan Islam.

Saya percaya ramai yang tahu kenapa saya katakan begitu dan turut bersetuju...

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive