Sunday, May 13

SIAPA LEBIH BANYAK NIE?


Penyampai radio Linda Onn mengakui dia berasa bahagia kerana dapat membawa perubahan dan peningkatan kepada stesen radio Suria FM selepas hampir tiga tahun menyertainya.

Pemilik nama sebenar Rozlindah Onn, 34, berkata peningkatan jumlah pendengar keseluruhan secara mendadak iaitu 2.9 juta pendengar berbanding 2.3 juta pada tahun lalu, membuktikan kerja keras mereka semakin membuahkan hasil.

“Saya bangga dan gembira dengan pencapaian yang dikecapi Suria FM. Segala usaha dan kerja keras kami untuk menarik lebih ramai pendengar semakin membuahkan hasil".

Meh tengok siapa Otai facebook Malaysia yang dah cecah 1 juta orang



Kalau korang yang belum "LIKE" facebook Najib :Klik sini

Rakan Facebook PM kini 1 juta


Laman sosial Facebook Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kini mempunyai lebih satu juta pengikut, sekali gus menjadikan beliau antara pemimpin paling berpengaruh di Malaysia dan rantau ini.

Dengan jumlah pengikut yang luar biasa itu, ia jelas menunjukkan rakyat negara ini menerima dengan terbuka pendekatan Perdana Menteri dalam setiap perkara dilaksanakan untuk rakyat dan negara termasuk semasa beliau turun padang, mendekati pelbagai golongan masyarakat.

Perdana Menteri dalam status terbarunya turut berasa terharu apabila mengetahui rakan Facebooknya kini telah mencecah lebih satu juta pengikut.

''Terima kasih. Saya akan terus berinteraksi bersama-sama rakan online setia saya. Terima kasih atas sokongan anda!'' katanya dalam status Facebooknya malam ini.Berikutan status tersebut, Perdana Menteri menerima pelbagai ucapan tahniah dan sokongan daripada pengikut-pengikut laman sosial beliau

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive