Pihak Apple hari ini telah mengeluarkan dan melancarkan kemas kini terbaru bagi sistem operasi Mac OS X Leopard. Hal ini adalah susulan daripada kemaskiniyang dikeluarkan untuk sistem Mac OS X Lion dan Snow Leopard berikutan serangan besar-besaran malware Flashback sebelum ini. Kemas kini Mac OS X Leopard terbaru ini lengkap dengan alat penyingkiran malware Flashback.Kemas kini baru mempunyai saiz 1.23MB dan juga melumpuhkan Java plug-indalam Safari.
Disamping mengeluarkan kemas kini dan alat penyingkiran malware Flashback yang baru, Apple juga telah mengeluarkan satu kemas kini keselamatan terbaru2012-003 untuk Mac OS X Leopard, yang telah direka untuk melumpuhkan versiAdobe Flash Player yang tidak termasuk kemas kini keselamatan terkini serta menyediakan pilihan untuk mendapatkan versi terkini dari laman web Adobe . Sumber
Pratempahan GTA VI Telah Mencatatkan Kutipan $751 Juta
-
Tinggal 10 hari sahaja lagi sebelum Grand Theft Auto VI (GTA VI)
dilancarkan secara rasmi selepas dua kali ditangguhkan dari tarikh
pelancaran asal. Sunggu...

No comments:
Post a Comment