Sunday, May 20

UCAPAN TUN M BUATKAN KETUA BAHAGIAN UMNO TERKEDU? @DZainalabidin @NajibRazak @DrNovandri


Seperti yang telah dijanjikan sebelum ini MKP akan membuat ulasan mengenai ucapan yang telah diberikan oleh Pemimpin hebat Negara Tun Mahadir.Inti-pati ucapannya jelas menyatakan perpaduan sesama Melayu harus diperutuhkan lagi demi anak Bangsa dimasa hadapan.Oleh kerana Program "Minda Bicara" ini bersama veteran UMNO Pulau Pinang Tun Mahadir mengucapkan terima kasih kepada veteran UMNO yang telah lama bersama beliau semasa menjadi PM dahulu.

Tun M. bila datang ke Pulau Pinang sedih melihat rumah orang melayu Pulau Pinang masih lagi terpinggir walaupun ada pembangunan mewah disekeliling rumah mereka.Ini adalah kerana sikap pemimpin tertentu yang suka meletakkan habuan sebagai matlamat utama bukan perjuangan itu sendiri.Walupun teguran itu nampak pedas dan mungkin tak dapat diterima dikalangan ahli UMNO Pulau Pinang sendiri akan tetapi harus dipandang secara posiif apa yang cuba disampaikan.Fikir sejenak betul atau tidak?Dengan bahasa yang agak sinis dan tajam itulah Tun Mahadir bila menegur.....

Satu soalan yang telah dikemukakan dari Pemuda UMNO mendapat tepukan gemuruh daru hadirin yang hadir.Soalannya "UMNO sekarang ini sukar mendapat tempat dikalangan profesional muda mengapa?

Jawapan sinis dan pedas telah diberikan oleh Tun Mahadir, "Ini adalah sikap pemimpin dari Ketua Bahagian itu sendiri tak mahu terima orang yang lebih pandai dari ketua kerana ianya boleh mengugat jawatan didalam Bahagian itu sendiri, Jika tiada cantas mencantas bukan budaya UMNO.Tapi itu dulu akan tetapi sekarang telah banyak berubah apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi PM golongan Muda profesional telah diberikan tempat yang sewajarnya melalui biro serta seketeriat yang diujudkan dalam tranfomasi 1Malaysia.." katanya.  

Penuh sampai tak cukup tempat.Tun disambut dengan hati yang gembira.

Wajah ceria dari bersama Datuk Zainal abidin Osman Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Nak kata apa lagi jika Tun M masih ada aura yang luar biasa.

Ketika lagu Negaraku Berkumandang.

Terima kasih kepada semua yang hadir.Ini baru Veteran belum lagi campur 4sayap Parti.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive