Wednesday, May 23

#HBN2012 APA YANG SEMPOI...RONDA-RONDA SKIT.

Pemandangan dihadapan menara KBS.sesak dengan kenderaan walaupun pada hari pertama.


Kepada belia yang ingin menyertai Himpunan Jutaan Belia kali ini dinasihatkan untuk mengunakkan Tram yang telah disediakan.Tram nie bukan ada kat semua tempat di Malaysia nie.Rugi kalau tak mencuba...

Jom kaki pancing tunggu apa lagi der.Ikan kelah yang dilepaskan oleh Shabery Cheek bakal membawakan laba kepada pemancing yang berjaya menaikkan.

Fenomena baru telah muncul di Putrajaya apabila Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan Program Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012. Program ini dijangka akan ‘menenggelamkan’ Putrajaya dengan lautan belia dari seluruh negara.

Dikatakan sebagai Himpunan belia terbesar di Asia, program ini akan mengumpulkan sekurang-kurangnya sejuta belia seluruh negara untuk bersama memeriahkan pelbagai aktiviti bermanfaat yang disediakan khas buat golongan tersebut.

Selain aktiviti riadah, pelbagai aktiviti sukan ekstrem seperti drag car dan sukan Jet Ski juga turut disertakan di Himpunan ini yang disifatkan sesuai dengan ‘selera’ para belia Malaysia. Aktiviti menarik ini dijangka mampu memberikan kepuasan kepada para pengunjung yang hadir disini nanti.

Terdapat lebih dari 500 acara disediakan sepanjang 5 hari Program Himpunan ini berlangsung. Tarikh 23-27 Mei 2012 pastinya menjadi tempoh yang tak dapat dilupakan kepada para belia seluruh negara yang menyertai program ‘raksasa’ kali ini.

Tema ‘Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini’ juga dilihat amat bertepatan dengan Program Himpunan Jutaan Belia 2012 ini kerana ia sendiri melambangkan nilai positif yang perlu ada pada para belia negara.

Seharusnya nilai positif tersebut akan dapat memacu generasi belia untuk menjadi lebih baik tambahan pula dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik serta bermanfaat di Himpunan Jutaan Belia 2012 ini.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia juga berharap para belia seluruh negara tidak melepaskan peluang yang julung-julung kali ini dan mahu belia-belia turun beramai-ramai untuk ‘menawan’ Putrajaya.

Ia selaras dengan hasrat pihak Kementerian yang mengimpikan untuk menjadikan Putrajaya selepas ini dikenali sebagai ‘Bandar Mesra Belia’.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive