Thursday, May 24

RUMAH AMBIGA DISERBU POLIS?




MKP difahamkan pihak polis telah mula mengenakan sekatan di jalan masuk utama rumah Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga pada jam 2 petang tadi bagi menghalang sebarang aktiviti yang telah dirancangan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) anti BERSIH 3.0.

Tinjauan krew pada sebelah pagi mendapati pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak meletakkan kon dan penghadang jalan untuk menghalang sebarang aktiviti awam di kawasan perumahan itu.

Langkah tersebut diambil berikutan cadangan sekumpulan 60 peniaga yang merancang untuk membuka gerai di hadapan rumah bekas Pengerusi Majlis Peguam itu.

Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Bersih 4.0 bertindak mengusulkan cadangan itu sebagai membantah kepada perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara tempoh hari yang didakwa telah mengakibatkan kerugian kepada perniagaan mereka.

Sementara itu perkembangan terbaru dari lokasi mendapati beberapa ahli jawatankuasa pemandu Bersih dilihat hadir di rumah Ambiga termasuk Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, aktivis politik Hishamuddin Rais dan Haris Ibrahim.

Turut kelihatan hampir 20 orang penyokong-penyokong BERSIH turut hadir menyatakan sokongan terhadap bekas Pengerusi Majlis Peguam itu.

Jawatankuasa Pemandu Bersih dijadualkan mengadakan mesyuaratnya dikediaman Ambiga sebentar tadi.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive