exponegaraku

Tuesday, May 22

MUSANG BERBULU AYAM MASIH BERLERLUASA?


Sewaktu kes liwat yang melibatkan Anwar dengan saiful hendak dibicarakan pada 2008 dan 2009, Anwar bermati-matian menolak Peguam Negara , Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai ketua pendakwaraya.Akhirnya Peguam Negara menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan dan menyerahkannya kepada Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sepanjang perbicaraan berjalan, banyak kerenah Anwar dilayan oleh pendakwaraya dan pihak pendakwaraya juga dilihat terlalu mengikut kerenah pihak peguam Anwar. Banyak suara-suara sumbang ketika itu yang menuduh Peguam Negara telah dibeli oleh Anwar dan Anwar akan bebas.

Akhirnya benar Anwar dibebaskan....

Dah bebas satu hal....kemudian nak failkan rayuan pun puas didesak. Setelah desakan demi desakan , dah sampai saat-saat akhir sebelum tempoh merayu tamat barulah rayuan dikemukakan oleh pihak pendakwaraya...

Kenapa kerenah Anwar dilayan ?

Kenapa Anwar bebas ?

Kenapa susah nak buat rayuan ?

Semuanya telah terjawab hari ini.....

Kemunculan bekas Peguamcara Negara , Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden sebagai peguambela Anwar dalam kes rusuhan bersih di Mahkamah Sesyen KL hari ini menjawab segala persoalan diatas.

Selamat maju jaya kepada Datuk Yusof. Nama dan khidmat Datuk selama berpuluh-puluh tahun akhirnya tercalar begitu sahaja. Jangan salahkan masyarakat jika mereka memandang Datuk sebagai api dalam sekam atau gunting dalam lipatan, kerana Datuk sendiri yang dedahkan pekung busuk Datuk selama ini.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive