RAPID

Saturday, May 12

#UMNO 66 "MAHAUMNO" LEBIH MANTOP DARI #BERSIH3.0




Umno hari ini membuktikan bahawa perhimpunan di stadium lebih praktikal dan tidak mencetuskan sebarang huru-hara berbanding berhimpun di jalanan.

Terminologinya adalah apabila hampir 100 ribu ahli Umno berjaya dikumpulkan pada majlis sambutan ulangtahun ke-66 parti tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Presiden Umno di dalam ucapannya turut mempersoalkan jika Umno mampu untuk mengadakan perhimpunan di stadium, mengapa pihak lain tidak.

“Kenapa kalau Umno boleh (berhimpun) dalam stadium, pihak lain tak boleh? Kalau nak tunjuk kekuatan, tunjuk cara Umno himpun hari ini.

“Kalau cintakan undang-undang, berkumpullah seperti yang dilakukan Umno hari ini,” tegas Najib.

Kata-kata Najib itu jelas ditujukan kepada pembangkang yang baru-baru ini menolak tawaran untuk berhimpun di stadium sehingga mengakibatkan kekecohan serta menyusahkan orang ramai.

Menurut Najib, jika pembangkang benar-benar cintakan negara dan menghormati undang-undang, mereka seharusnya bersetuju dengan tawaran untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

"Kita berhimpun dalam stadium ini secara aman. . Kita berhimpun dalam stadium ini secara tertib. Kita berhimpun dalam stadium ini kerana Umno menghormati undang-undang negara.


"Kita tak perlu ramai anggota polis. Anggota polis kelihatan ceria belaka. Mereka kelihatan senyum belaka. Mereka tak ada tension, kita pun tak ada tension,” katanya.

Selain itu, Najib berkata pihak pembangkang jelas sengaja menolak tawaran berhimpun di stadium kerana sengaja mahu mencetuskan provokasi supaya timbulnya kekecohan yang akan memburukkan imej negara di mata antarabangsa.

“Saya boleh beritahu, mereka nak tolak tawaran Stadium Merdeka kerana apa. Kerana mereka nak merempuh, mereka nak berbalah, mereka nak tendang pihak polis.

"Kalau tak ada pergeseran, tak keluarlah cerita dalam CNN, Al-Jazeera, BBC. Inilah tujuan sebenarnya. Mereka nak tunjuk kononnya kita ni kerajaan dan pihak berkuasa yang zalim. Mereka tidak hormati undang-undang negara," katanya

1 comment:

SHAH ALAM REBELS said...

Kami meminati blog tuan. Kami juga telah link kan blog tuan dalam blogroll kami. Harap tuan dapat link kan blog kami http://shahalamrebels.blogspot.com/

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive