Friday, May 18

SYUKUR PADA ALLAH ,KUN FAYA KUN.


Alhamdulillah, baru sampai rumah. . . setelah selesai perkebumian Allahyarham Khoo Boo Soo, Mualaf yang meninggal dunia selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Perak. . . SYUKUR PADAMU YA ALLAH. . . Sesunggunya dikau MAHA BERKUASA dalam segala perkara. . Allahu Akbar!!!

DIATAS DESAKAN NGO SERTA LIPUTAN DR MIM  TELAH SELESAI SUATU YANG DIREDHA OLEH ALLAH DENGAN KUASANYA KUN FAYA KUN. BERIKUT MKP SIARKAN KEMBALI APA YANG TELAH DISEBARKAN OLEH DR MIM DIDALAM BLOGNYA.JIKA PERJUANGAN KITA IKHLAS NESCAYA ALLAH AKAN TUNJUKKAN JALAN YANG BENAR.

BREAKING NEWS! MALIK KASSIM SANGGUP BIARKAN JENAZAH MUALAF DIBAKAR DI TOKONG??

Sebentar tadi telah diadakan sidang akhbar tergempar bertempat di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang. Isunya sangat besar yang pasti menyentak perasaan seluruh umat Islam negara ini tidak kira ideologi politik.

Isunya ialah mengenai kesangsian yang berlaku terhadap satu jenazah yang sedang berada bersama dengan keluarga beliau menjalani upacara kematian mengikut cara kaum Cina.

Yang menimbulkan ketegangan dan kesangsian ialah Malik Kassim, Exco Agama Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang didakwa mengatakan bahawa jenazah itu adalah seorang Mualaf!

Tetapi yang hairannya ialah sebagai pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam, Malik Kassim didakwa lepas tangan dan membiarkan sahaja jenazah mualaf itu menjalani upacara kematian kaum cina.

Hari ini adalah hari ke-4 jenazah itu berada bersama keluarga bukan Islam beliau tetapi Malik Kassim seolah-olah tidak berbuat apa-apa untut menuntut jenazah tersebut dan dikebumikan dengan segera mengikut syarak Islam.

Ketidakefesienan Malik Kassim itu turut menimbulkan tandatanya kepada keluarga bukan Islam mualaf tersebut yang sebelum ini mahukan pengesahan sah seperti yang dikatakan oleh Malik Kassim.

MiM difahamkan bahawa keluarga itu tidak ada masaalah untuk memberi jenazah itu kepada pihak berkuasa Islam Pulau Pinang jika segala dokumen sah ditunjukkan kepada mereka.

Tetapi dek ketidak efesienan Malik Kassim, maka jenazah mualaf itu masih berada dengan keluarga beliau dalam upacara kematian kaum Cina!


MiM juga difahamkan bahawa Malik Kassim didakwa cuba lepas tangan dan mendakwa Mufti Negeri tahu tentang isu ini. Padahal, Mufti Negeri tidak tahu menahu dan berada di Brunei!

Sidang akhbar tadi mempersoalkan tindakan Malik Kassim yang tidak efesien dalam menangani isu sensitif yang boleh menyebabkan ketegangan kaum di Pulau Pinang ini. Malah, wakil yang bercakap tadi turut menuntut agar Malik Kassim dan Salleh Man meletakkan jawatan dek isu sensitif dan melibatkan umat Islam keseluruhannya.

Dalam isu ini, Malik Kassim disarankan untuk menjawab dan menyelesaikan isu dengan kadar segera. Benarkah seperti yang didakwa oleh wakil tersebut?

Dalam masa yang sama, dimanakah wakil-wakil politik yang serumah dengan Malik Kassim? Di manakah Pemuda PAS Pulau Pinang yang begitu lantang mempertahankan Lim Guan Eng DAP dalam isu menyogok Tunku Aziz?

Apa pun, MiM berharap agar isu sensitif ini dapat diselesaikan dengan segera. Jenazah sudah 4 hari dan janganlah kita biarkan walau sehari lagi.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive