Saturday, May 19

MUZA-KERAH NIE! APA PUNYA GILA PAS NIE?




Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi meletakkan syarat ketat untuk Umno bermuzakarah dengan PAS.

“Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?” katanya.

Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara.

Abdul Hadi berkata, selagi sistem pilihan raya tidak dibersihkan, ia membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkepentingan Islam, atau dalam usaha mempertahankan Islam.

Beliau kemudian mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya mengekang kebebasan akhbar sekali gus menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat yang adil bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya.

“Negara yang mengamalkan demokrasi yang baik sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil tetapi itu tidak berlaku di negara ini di mana parti memerintah mengongkong semua media.

“Ia menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Demokrasi yang macam ini tidak betul, demokrasi yang macam ini salah,” katanya.

MKP Ayat Sempoi ; Pas nie letak syarat macam gampang.Susah nak bersatu macam dengan melayu tp peluk cium dengan DAP.

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive