Thursday, May 24

HOT!SALE @Y AVENUE #HARI BELIA NEGARA 2012


Lekas lekas! Sale di Y Avenue untuk anak-anak muda. Pelbagai barangan yang dijual memenuhi citarasa anak-anak muda. Jom kita serbu Hari Belia Negara 2012 dan Himpunan Jutaan Belia Putrajaya 2012. Hari pertama telah berlalu, tinggal 4 hari sahaja lagi..


Selanjutnya untuk gambar produk2 yg dijual oleh belia dan beliawanis klik di sini. Himpunan Jutaan Belia 2012 sempena sambutan Hari Belia yang bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.


Hari pertama himpunan yang menyasarkan kehadiran dua juta belia itu diisi dengan pelbagai acara, termasuk perlepasan lebih 100 kereta mewah dan 50 motosikal berkuasa tinggi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau menjangkakan lebih ramai pengunjung akan hadir sepanjang 5 hari program himpunan sejuta belia yang memasuki tahun kedua penganjurannya itu.

Untuk rekod, lebih 500 acara dalam 35 segmen diadakan sepanjang sambutan sempena Hari Belia Nasional itu berlangsung dengan pelbagai kemudahan disediakan termasuk pengangkutan awam percuma yang membawa pengunjung ke seluruh lokasi program.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive