Monday, May 14

MAT SABOON!!! HIMPUNAN HARI PEKERJA DISALAH GUNA ANWAR IBRAHIM?




Himpunan Pekerja 2012 anjuran Kerajaan Negeri Selangor yang bertema 'Menjulang Martabat Pekerja" di Stadium Melawati malam tadi dilihat tidak mempunyai hala tuju serta gagal mencapai matlamat sebenar.

Sebaliknya ia hanya sebuah ceramah politik bagi membidas kerajaan persekutuan yang disampaikan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun kehadiran dianggarkan hampir 5,000 orang namun tidak sampai 10 peratus yang datang mewakili golongan pekerja manakala yang lain merupakan ahli dan penyokong tegar Pakatan Rakyat. Sebahagian besar mereka adalah golongan yang sudah berusia dan ada antara mereka yang turut membawa kanak-kanak.Buat malu betul la depa nie! Benda nie dah kira salah guna kuasa mentadbir negeri demi kepentingan Politik terdesak meraih undi.

Rata-rata penceramah membidas gaji minimum swasta RM900 bagi Semenanjung serta RM800 di Sabah dan Sarawak yang didakwa terlalu rendah. Menurut mereka gaji minimum yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini tidak menggambarkan kos hidup sebenar yang sentiasa meningkat di negara ini.

Bagaimanapun pada ceramahnya malam tadi, Anwar tidak menyentuh langsung pengumuman gaji minimum RM1,100 yang dicanangkan Pakatan semasa pembentangan Bajet Alternatif 2012 baru-baru ini kepada para hadirin.

Sebaliknya, beliau menggunakan pentas Himpunan Pekerja 2012 itu untuk mengecam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kerana mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan dan demonstrasi yang ganas seperti BERSIH 3.0.

Malah, beliau mendakwa bahawa majlis fatwa menggunakan agama Islam untuk mempertahankan kezaliman."Tunjuk perasaan bukan asing dalam Islam, ini merupakan perkara jijik yang pernah berlaku, tolong sampaikan kepada Pengerusi Majlis Jawatankuasa Fatwa," katanya.

Selain itu, beliau turut mengakui menerima bayaran lumayan ketika mengunjungi luar negara, antaranya Dubai, Istanbul dan London."Mereka bayar tinggi bukan sedikit, saya dibayar atas nasihat yang saya berikan," katanya.

Sementara itu, Lim Kit Siang terus mempertikaikan pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel Penasihat Bebas enam anggota bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan berikutan penganjuran BERSIH 3.0 di ibu negara bulan lalu.Bapak segala cauvanis nie ada dendam lama dengan Tun Hanif inilah masanya nak balas dendam memperburukkan Tun Hanif?

"Kita mahu rakyat menolak Tun Hanif kerana badan itu perlu bebas," ujarnya.

Mohamad Sabu pula menghasut para hadirin yang hadir supaya menghadiri BERSIH 4.0 yang akan diadakan di tidak lama lagi.Apa kejadah punya kenyataan Mat Saboon nie,Bersih 3.0 gagal mencapai matlamat sebaliknya telah menjadi paku dulang paku keras kepada Ambiga dan Pemimpin Pakatan Harami...Nak gelak pulak dengan Mat Saboon nie,,,,Sapa nak jadi Pengerusi pulak lepas nie......?

- Posted using BlogPress from my iPad

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive