RAPID

Monday, May 21

18,000 MELAYU PULAU PINANG DIHALAU DAP?


Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang terpaksa berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang.

Dr Mohammad Fairus Khairuddin, Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang yang pernah bersama menyusun agenda ini turut menyesal.

Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan cina DAP.

Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

“Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi.

“Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

“Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

“Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang,” katanya berucap merasmikan Himpunan Perguruan Silat Batu Pahat di Dataran Sungai Suloh, Senggarang dekat sini, semalam.

Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

“Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

Mohammad Fairus yang juga berkata, episod yang melanda bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mendedahkan wajah sebenar Guan Eng dan DAP.SRO

1 comment:

Anonymous said...

takdak pulak orang pro-PR nak komen isu ni..hurm??
18000 ribu orang tu sangat ramai bagi penduduk di bahagian pulau di P.Pinang..
ALLAH SWT sajalah yg dapat selamatkan orang2 Melayu(ISLAM) pulau pinang..
apa kita boleh buat tolak DAP-PR..PILIH BN..in'sya'ALLAH

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive